- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Neanderthal dikelaskan
oleh lingkungan paleontologi sebagai spesis Homo neanderthalensis.
Namun, ada juga ilmuwan yang menganggapnya sebagai sub-spesis Homo sapiens
(Homo sapiens neanderthalensis). Neanderthal dipercayai melata di benua
Eropah seawal 600,000 – 350,000 tahun dahulu dan pu.pus sekitar 30,000 tahun
lampau.
Umumnya, Neanderthal
disifatkan dengan banyak kekurangan – tidak mempunyai kecerdasan untuk
berinovasi, berbahasa, berbudaya, dan sebagainya. Namun, kajian-kajian pada
tahun kebelakangan berhasil menemukan dapatan yang mampu merun.tuhkan kebanyakan
mitos yang membelenggu Neanderthal. Di sini, kami kongsikan 10 mitos berkaitan
Neanderthal dan penemuan yang menyangkalnya..
MITOS 1 – PERALATAN
NEANDERTHAL TIDAK SEBAGUS PERALATAN CIPTAAN HOMO SAPIEN
Sejak sekian lama,
lingkungan arkeologi meyakini yang Neanderthal hanya menggunakan peralatan
serba ringkas, seperti batu yang dibentuk dan dipertajam. Namun, penyelidikan yang
dilakukan pada dekad kebelakangan berhasil mengubah sudut pandangan tersebut.
Penyelidikan
yang dijalankan di Perancis misalnya, melibatkan penganalisaan
ke atas artifak-artifak yang dijumpai di sebuah tapak arkeologi bernama Abri du
Maras, Lembah Rhone Tengah. Artifak yang dimaksudkan ialah serpihan-serpihan
levallois (dikaitkan dengan teknologi alatan batu Neanderthal), sisa-sisa tali
(mengisyaratkan mereka mampu menghasilkan tali), dan enam batu penanda –
kesemua ini biasanya dikaitkan dengan homo sapien.
Penyelidikan lain pula mendapati
Neanderthal
mempunyai keupayaan untuk mewariskan kemahiran membuat peralatan.
Saintis dari Belanda menjumpai peralatan berusia 50,000 tahun yang diperbuat
daripada tulang rusuk rusa di barat daya Perancis. Peralatan ini serupa dengan
peralatan tulang lissoir yang digunakan oleh homo sapien sekitar 10,000
tahun dahulu.
Homo sapien
memasuki Eropah dengan membawa kemahiran membuat peralatan tulang.
Namun, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peralatan
lissoir sekali gus mewujudkan kemungkinan bahawa pengetahuan tersebut diwarisi
daripada Neanderthal.
MITOS 2 – NEANDERTHAL MENDENGUS DAN BERBUNYI SEPERTI HAIWAN
Ilmuwan selama ini meyakini
yang Neanderthal tidak memiliki kognitif dan keupayaan vokal yang diperlukan
untuk bertutur dan berbahasa, justeru diandaikan mereka sekadar mendengus
seperti haiwan. Namun, wujud kemungkinan bahawa mereka sebenarnya mempunyai
bahasa dan pertuturan yang tidak jauh berbeza dengan homo sapien.
Pada tahun 1989,
lingkungan arkeologi menjumpai tulang hyoid Neanderthal di Gua Kebara, Israel.
Ia dipercayai berusia 60,000 tahun. Tulang hyoid merupakan tulang yang terletak
di bawah tulang mandibular dan di atas tulang laring, dengan fungsinya berkait
rapat dengan pertuturan dan suara.
Teknologi pengimejan
X-Ray 3D yang dimiliki hari ini membolehkan penyelidikan
lanjut dijalankan ke atas tulang berkenaan. Hasilnya, ia didapati
tidak begitu berbeza dengan tulang hyoid homo sapien sekali gus
memungkinkan yang Neanderthal juga bertutur dan berbahasa, tidak sekadar
mendengus seperti yang didakwa.
MITOS 3 – NEANDERTHAL
TIDAK MEMPUNYAI AMALAN PENGEBU.MIAN
Neanderthal selama ini dianggap
sebagai spesis yang tidak cukup bertamadun untuk mengamalkan pengebu.mian. Namun, penemuan sejumlah pengebu.mian Neanderthal menafikan anggapan ini.
Jumpaan
tulang Neanderthal berusia 50,000 tahun di gua La Chapelle-aux
Saints, Perancis mendapati yang ia ditanam secara teliti dan dipelihara secara
rapi.
Pada tahun 1961,
arkeologis menjumpai sebuah kawasan pengebu.mian kanak-kanak
Neanderthal di Roc de Marsal, berusia kira-kira 70,000
tahun. Rangka tersebut adalah milik seorang kanak-kanak yang dipercayai
mening.gal dunia sekitar umur tiga tahun. Ilmuwan berpendapat, kemampuan
Neanderthal untuk mengebu.mikan ma.yat adalah seiring dengan keupayaan mereka membentuk
amalan kebudayaan khusus.
MITOS 4 – NEANDERTHAL TIDAK BERUPAYA MENGATUR RUANGAN
Neanderthal sebelum ini
diandaikan tidak mampu menggunakan ruang secara teratur. Namun, lingkungan
arkeologi di Itali menjumpai sebuah rumah gua yang
mengisyaratkan betapa Neanderthal menetap secara tersusun – di mana ia mempunyai
ruangan khusus untuk aktiviti makan, tidur, membuat peralatan, dan bersosial.
Tingkat atas digunakan
untuk mela.pah haiwan memandangkan banyak rangka haiwan dijumpai di sana.
Tingkah tengah pula mengandungi banyak kesan peninggalan manusia, justeru
diandaikan sebagai tempat tidur. Tingkat bawah digunakan untuk penempatan
singkat.
Sisa tulang haiwan dan
peralatan batu banyak bertumpu pada bahagian hadapan berbanding belakang kediaman,
sekali gus mengisyaratkan pembuatan alatan batu dilakukan di sana (terdedah kepada cahaya matahari).
MITOS 5 – NEANDERTHAL BERSIFAT
KARNIVOR DAN HANYA MAKAN DAGING MENTAH
Pada tahun 2013,
Catalan Institute for Research and Advanced Studies di Barcelona melakukan
penelitian ke atas fosil gigi Neanderthal yang dijumpai di gua El Sidron,
Sepanyol. Hasil mendapati ia mengandungi sisa sayuran, herba chamomile, dan
yarrow. Dapatan
ini
melahirkan hipotesis bahawa Neanderthal tidak hanya mengambil daging mentah,
tetapi turut makan sayur-sayuran.
Hipotesis tersebut
bagaimanapun menerima bantahan daripada Laura Buck, penyelidik dari Muzium
Sejarah Alam, London. Katanya, kehadiran sisa sayuran pada fosil gigi berkenaan
tidak semestinya membuktikan yang Neanderthal mengambil sayur-sayuran sebagai
sebahagian daripada diet pemakanan mereka.
Terdapat kemungkinan
yang ia datang daripada isi perut haiwan yang mereka makan. Tambahnya lagi,
Neanderthal tidak memiliki kecerdasan yang membolehkannya makan secara
seimbang, atau setidak-tidaknya mengetahui kebaikan herba dan sayur-sayuran.
Apapun, bantahan Buck
ini sama sekali tidak disertakan dengan bukti saintifik sementara penemuan
terkini cenderung mengesahkan yang Neanderthal tidak hanya
mengambil daging mentah, tetapi turut memasukkan sayur-sayuran ke dalam
pemakanan mereka.
MITOS 6 – NEANDERTHAL TIDAK PRIHATIN TERHADAP ANAK-ANAK
Kanak-kanak Neanderthal
diandaikan mengalami tempoh penumbesaran yang sukar, sesuai dengan serba-serbi
kekurangan yang dimiliki oleh Neanderthal. Namun, kajian mendapati keadaan
berlaku sebaliknya.
Dalam kertas
kajian yang diterbitkan pada tahun 2014, sepasukan
arkeologis dari Pusat Paleoekologi dan Sejarah Evolusi Manusia di Universiti
York mendedahkan bahawa kanak-kanak Neanderthal mempunyai pautan emosi
yang akrab dengan lingkungan sosial terdekat. Neanderthal malah merawat
dan menjaga kanak-kanak yang sa.kit, di samping beberapa keutamaan lain.
Antara lain, kajian
mendapati yang ku.bur kanak-kanak Neanderthal bersifat jauh lebih terperinci
berbanding ku.bur dewasa. Keadaan ini mencerminkan betapa Neanderthal dewasa
menghargai kanak-kanak dalam kalangan mereka.
MITOS 7 – NEANDERTHAL
TIDAK MEMPUNYAI EKSPRESI BUDAYA
Lingkungan akademik
selama ini berpendapat ekspresi budaya hanya muncul sekitar 30,000 tahun dahulu
dan hanya melibatkan Homo sapien. Bagaimanapun, bukti menunjukkan betapa
ia sudah pun wujud jauh lebih awal ketika Neanderthal masih melata di muka
bumi.
Hasil seni yang
dijumpai di gua El Castillo, Sepanyol misalnya didapati berusia sekitar 40,800
tahun. Pentarikhan ini memungkinkan yang ianya dihasilkan
oleh Neanderthal. Bukti arkeologi juga menuding betapa
Neanderthal turut memiliki akses terhadap seni muzik. Alatan
muzik tertua pernah dijumpai setakat ini ialah
seruling Divje Babe, yang ditemui di sebuah gua di Slovenia pada tahun 1995.
Seruling yang berusia
60,000-43,000 tahun ini diperbuat daripada tulang femur milik seekor beruang
gua dan ia dilubangi dengan teliti. Kumpulan saintis yang skeptik terhadap
kecerdasan Neanderthal bagaimanapun menolak kemungkinan ini. Mereka mendakwa
lubang-lubang itu terbentuk hasil daripada gigitan haiwan. Apapun, bantahan ini
hanya mewakili pendapat minoriti dalam kalangan ilmuwan.
MITOS 8 – NEANDERTHAL TIDAK MAMPU MENUNJUKKAN KASIH SAYANG DAN EMPATI
Neanderthal bukanlah
spesis yang hidup mandiri tanpa mengambil peduli kepentingan anggota komuniti
yang lain. Kajian mendapati yang mereka prihatin
terhadap anggota yang uzur, sama ada yang lanjut usia mahupun
yang sa.kit.
Hal ini dibuktikan
menerusi penganalisaan yang dijalankan ke atas rangka Neanderthal yang dijumpai
di gua batu berhampiran La Chapelle-aux-Saints, Perancis pada tahun 1908.
Rangka ini dikenali sebagai Old
Man of La Chapelle. Dipercayai, ia hidup sekitar
56,000 tahun dahulu dan merupakan rangka Neanderthal sempurna pernah dijumpai.
Saintis mendapati yang
ia mening.gal dunia pada usia yang sangat lanjut. Old Man of La Chapelle juga
didapati menghidap pen.yakit arthritis (sakit sendi) dan mengalami patang tulang sewaktu hidup. Keadaan ini tentunya menyulitkan pergerakan beliau, dan
memerlukannya bergantung harap pada bantuan anggota komuniti lain.
Rangka-rangka
Neanderthal yang lain malah menunjukkan betapa kece.deraan fa.tal yang dialami mereka sewaktu hidup sempat sembuh sekali gus mengisyaratkan yang Neanderthal mampu
merawat sesama sendiri.
MITOS 9 – NEANDERTHAL
DAN MANUSIA TIDAK BERGAUL
Pada mulanya,
Neanderthal dipercayai pu.pus sebelum kemunculan Homo sapien. Namun,
pendapat ini dikemaskini setelah bukti arkeologi mendedahkan bahawa belaku
pertindihan zaman antara kedua-duanya. Neanderthal dan Homo sapien
pernah hidup di bumi bersama-sama.
Dapatan ini seterusnya
melahirkan satu lagi tanda tanya – apakah berlaku perkahwinan antara
kedua-duanya? Mulanya, ia dianggap mustahil berlaku. Bagaimanapun, kajian mendedahkan betapa Neanderthal dan Homo sapien saling
bergaul, dengan sekitar 2%
DNA Neanderthal ada dalam kalangan Homo sapien
hari ini.
MITOS 10 – NEANDERTHAL
ADALAH NENEK MOYANG LANGSUNG SAPIEN
Ada yang beranggapan
bahawa Neanderthal merupakan nenek moyang kepada Homo sapien. Namun
sebenarnya, mereka merupakan dua kumpulan yang berbeza. Kajian DNA mendapati
Neanderthal datang daripada jalur yang berlainan, justeru dianggap
sebagai sepupu jauh Homo sapien. Percampuran genetik antara kedua-duanya
berlaku sebagai kesan perkahwinan dan bukan kerana Homo sapien menurun
secara langsung daripada Neanderthal.
TERJEMAHAN
Joanna Gillan. (24 Jun 2020). Top Ten Myths about Neanderthals. Ancient
Origins.
https://www.ancient-origins.net/human-origins-science/top-ten-myths-about-neanderthals-001551
- Get link
- X
- Other Apps