- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sepanjang Zaman
Pertengahan di Jepun, kuasa sebenar berada dalam genggaman shogun.
Satu-satunya pangkat yang mengatasi shogun ialah maharaja. Mencapai
kedudukan shogun bagaimanapun bukanlah suatu hal yang mudah.
Kisah hidup Tokugawa
Ieyasu menampilkan contoh terbaik bagi menggambarkan kesabaran, ketahanan, dan
kelicikan yang diperlukan bagi menjadi seorang shogun. Hal ini kerana
beliau mendaki tangga sosial sebagai seorang tawa.nan dan mengakhirinya sebagai
lelaki paling berkuasa yang bertanggungjawab menyatukan negara.
Kejayaan Tokugawa
Ieyasu dalam hayatnya cukup besar dan sesuai dijadikan sumber inspirasi bagi
membuktikan betapa kesabaran mampu meraihkan kita banyak perkara. Tahun 1543
Masehi, Tokugawa Ieyasu dilahirkan sebagai putera seorang daimyō yang bernama
Matsudaira Hirotada.
Hirotada merupakan
ketua klan Matsudaira, sebuah klan samurai yang mendakwa memiliki kaitan susur
galur dengan klan Minamoto. Sebagai makluman, nama sebenar Tokugawa Ieyasu
ialah Matsudaira Takechiyo.
Tempoh kelahirannya
menyaksikan klan Matsudaira menempuh situasi yang amat genting, hinggakan
beliau sendiri dijadikan sebagai tahanan oleh daimyo yang berseteru dengan
ayahnya. Pada usia enam tahun, Tokugawa kehilangan Hirotada yang dibu.nuh oleh
orang bawahannya sendiri.
Istana Okazaki, tempat kelahiran Tokugawa Ieyasu |
Sepemergian Hirotada,
tanah milik klan Matsudaira jatuh ke tangan lawan mereka. Tahun berganti tahun.
Tokugawa mendewasa sebagai seorang yang tinggi cita-citanya. Memasuki tahun
1560, beliau berjaya membebaskan diri daripada pengaruh klan Imagawa yang telah
lama menahannya.
Ieyasu juga lama
menyedari ketokohan Oda Nobunaga dan kelebihan jika memihakkan diri kepadanya.
Justeru sesudah berakhir Pertem.pu.ran Okehazama yang melibatkan Nobunaga dan
Imagawa Yoshimoto, Ieyasu segera menumpahkan kesetiaannya kepada Nobunaga.
Usianya ketika itu baru
mencecah 15 tahun, namun keterampilannya sebagai pemimpin sudah cukup matang.
Tambahan, beliau berpeluang hidup sezaman dengan ramai tokoh besar Jepun,
seperti Hattori Hanzō, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan lain-lain lagi.
Sikit demi sedikit,
keberadaan Ieyasu di sisi Nobunaga membantu beliau mere.but semula wilayah lama
milik keluarganya. Begitu juga kedudukannya sebagai seorang daimyo.
Selepas berakhir Pertem.pu.ran Okehazama, Tokugawa Ieyasu menyertai Nobunaga Oda |
Pemerintahan Ieyasu
menyaksikan berlaku banyak kempen keten.tera.an. Antara lain, beliau bersekutu
dengan Shingen Takeda untuk mengha.puskan klan Imagawa dan menyerap seluruh
wilayah mereka.
Menjelang tahun 1567,
Ieyasu berdiri sebagai penguasa Wilayah Mikawa yang memang selama ini berada
dalam genggaman klan keluarganya. Nama Ieyasu kian digeruni. Beliau juga berhasrat menubuhkan klan tersendiri, yang diberi nama Tokugawa. Hasratnya itu menerima
restu maharaja dan beliau pun ditabalkan sebagai ketua klan Tokugawa yang
pertama.
Tahun-tahun berikutnya,
Ieyasu mengekalkan kedudukannya sebagai bawahan Oda Nobunaga. Pertem.puran demi
pertem.puran disertai beliau, termasuklah kempen mene.waskan klan Takeda. Kon.flik
dengan klan Takeda ini dicatatkan berlangsung selama hampir sedekad. Dalam
sedekad itu juga, ketokohan Ieyasu semakin terpahat.
Sejarah bergulir dengan
pantas. Sejurus selepas klan Takeda tum.pas, tepatnya pada tahun 1582, Oda
Nobunaga pula menggemparkan negara. Beliau dikhia.nati dan dibu.nuh oleh pengawal
peribadinya sendiri di Kyoto.
Ieyasu kekal setia di
sisi klan Oda. Namun, ketiadaan tampuk kepimpinan yang mantap membuatkan
segalanya run.tuh. Kerusi kuasa yang ditinggalkan Oda diisi oleh seorang daimyo
lain yang cukup berpengaruh, iaitu Toyotomi Hideyoshi. Bagi Ieyasu, keadaan ini boleh membenihkan bibit percakaran antara dirinya dan Hideyoshi.
Tiga penyatu Jepun; Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu |
Namun, Ieyasu memilih
untuk berada di bawah perintah Hideyoshi dan sekali lagi meletakkan dirinya di
dalam naungan seorang tokoh unggul negara – pertama bagi menjamin
keselamatannya dan kedua, untuk menjadi batu loncatannya.
Memasuki tahun 1590,
Hideyoshi dan rakan-rakan sekutunya berjaya menum.paskan mu.suh utama mereka,
iaitu klan Hōjō. Kemenangan ini disusuli perintah yang bakal mengubah
sepenuhnya ranah kehidupan Ieyasu.
Beliau diarahkan supaya
memindahkan pusat kekuasaannya ke dataran Kantō. Perintah ini berpotensi merugikan dan merisikokan kedudukan Ieyasu. Pertama, kerana beliau terpaksa melepaskan wilayah lama yang
diperoleh dengan susah-payah. Kedua, beliau terpaksa bergantung kepada
samurai-samurai Hōjō yang baru sahaja ditundukkan.
Ieyasu bagaimanapun
tidak ingkar. Kekuasaannya kali ini berpangkalan di kampung nelayan Edo. Istana
dibangunkan. Edo kemudian berkembang menjadi Tokyo, ibu negara Jepun moden.
Gambaran keadaan kota Edo di zaman Ieyasu |
Pemindahan pusat kuasa
nyatanya menguntungkan Ieyasu. Kesetiaan samurai-samurai Hōjō berjaya
diperoleh. Infrastruktur di rantau Kantō dibaik-pulih. Wilayah naungannya pula
berkembang luas. Hanya dalam tahun-tahun singkat, Ieyasu menempa nama sebagai
antara manusia paling kaya di Jepun. Ketokohannya hanya dapat didahului oleh
Hideyoshi.
Sejurus selepas
Toyotomi Hideyoshi mang.kat pada 1598, Jepun didominasi oleh Ieyasu. Namun
ketika itu, beliau masih berada di bawah pengaruh Hideyoshi, yang digantikan
oleh puteranya yang berusia lima tahun.
Kesempatan tidak
dilepaskan. Ieyasu segera mengisytiharkan kebebasan. Rakan-rakan sekutu yang
dahulunya memu.suhi Toyotomi Hideyoshi dihubungi. Pengaruh Ieyasu kian
berkembang, sekali gus mengundang permu.suhan Ishida Mitsunari (penasihat
tertinggi Hideyoshi) dan Mōri Terumoto. Kedua-duanya menghimpunkan bala ten.tera
bagi menyekat Ieyasu.
Medan Sekigahara
dijadikan sebagai saksi pertem.puran yang bakal menentukan untung nasib antara dua pihak.
Sejarah mengenangnya sebagai salah sebuah pertem.puran paling penting dalam
tamadun Jepun. Pada tarikh keramat 21 Oktober 1600 Masehi, lebih 200,000 orang
ten.tera berlaga sen.jata dengan takdir menetapkan pakatan Mitsunari-Terumoto
tum.pas.
Kemenangan ini secara
langsung mengangkat Ieyasu sebagai penguasa paling berpengaruh di negara
matahari terbit. Tiga tahun berlalu. Ieyasu dikurniakan gelaran shogun oleh
maharaja pada usia 60 tahun. Era keshogunan beliau, yang turut dikenali sebagai
Zaman Edo, berpanjangan sehingga 260 lamanya (tumbang 1867).
Kemenangan Ieyasu dalam Pertem.puran Sekigahara mengangkat beliau sebagai lelaki paling berkuasa di Jepun |
Pemerintahannya
menyaksikan Edo berkembang pesat. Bermula sebagai kampung nelayan, Edo
membangun menjadi sebuah bandar yang dihuni oleh puluhan ribu manusia. Hari
ini, ia unggul sebagai antara bandar metropolitan paling maju, sesak, dan sibuk
di dunia.
Ieyasu bagaimanapun
mengundurkan diri daripada kerusi shogun setelah berkuasa selama dua tahun.
Tempatnya digantikan oleh putera beliau yang bernama Tokugawa Hidetada. Pun
begitu, Ieyasu masih mengepalai klan Tokugawa dan menangani mu.suh-mu.suh beliau
seperti Toyotomi Hideyori yang berpangkalan di Istana Osaka.
Istana tersebut
dike.pung oleh Ieyasu sebanyak dua kali, mengakibatkan kesemua ten.tera di
dalamnya terbu.nuh termasuklah kerabat terakhir Toyotomi. Hideyori sendiri
membu.nuh diri sekali gus mengakhiri jurai keluarga Toytomi.
Pada tahun berikutnya,
Ieyasu menggubal beberapa undang-undang penting bagi meneguhkan pemerintahannya
dan mengawal pengaruh raja-raja wilayah. Antaranya termasuklah mengehadkan
mereka supaya memiliki sebuah istana sahaja di wilayah masing-masing.
Di samping itu, Ieyasu
juga melebarkan pengaruhnya dalam istana maharaja. Secara bertahap tetapi pasti,
autoriti maharaja dan sidang istananya di Kyoto dihakis sepenuhnya.
Hubungan antarabangsa
turut mengalami penambahbaikan sewaktu pemerintahan Ieyasu. Hal ini terbukti
menerusi hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Portugal, England, dan
Belanda. Secara langsung, perdagangan dua hala sebegini memacu ekonomi Jepun ke
peringkat yang lebih tinggi.
Tahun 1616, Ieyasu
jatuh gering. Kesihatannya menyusut sejurus kembali daripada berbu.ru.
Sebahagian sejarahwan berpendapat beliau jatuh sa.kit akibat makan tempura ikan
kuku (sea bream tempura). Ada pula yang menyatakan ia berpunca daripada
sifilis atau kanser perut. Apa yang pasti, ia mengakibatkan kema.tiannya di usia
73 tahun, pada tarikh 1 Jun 1616.
Jasad Ieyasu
dise.madikan di Kuil Kunōzan, Wilayah Shizuoka. Ma.kamnya kemudian dipindahkan ke
Kuil Nikkō Tōshōgū pada tahun 1617, disebabkan lahir kultus yang memujanya
sebagai Tōshō Daigongen (Cahaya Timur). Pada hari ini, kuil tersebut menjadi
antara destinasi pelancongan yang tersohor di Jepun.
Kuil Nikkō Tōshōgū tempat jasad Ieyasu dise.madikan |
Tidak disangkal,
kesohorannya berkait rapat dengan ketokohan seorang Tokugawa Ieyasu – insan
yang bermula sebagai tawa.nan yang tersepit dalam percakaran antara dua klan.
Berbekalkan bakat dan tekad, beliau muncul sebagai antara lelaki paling
berkuasa di Jepun pada zamannya – lelaki yang dikenang sebagai salah seorang
dari tiga penyatu negara matahari terbit.
Sebagai penutup,
artikel ini kami akhiri dengan pesanan Ieyasu sendiri: “Orang yang kuat di
dalam hidup adalah orang yang memahami makna sabar. Sabar bermaksud menahan
diri daripada kemahuan. Dalam diri manusia, ada tujuh perasaan yang sentiasa
mencengkam; gembira, marah, resah, suka, duka, takut, dan benci.
Orang yang sabar adalah
orang yang tidak kalah (terbawa-bawa) dek kesemua perasaan ini. Kalau
diikutkan, aku ini bukanlah kuat mana. Cuma, aku memang dikenali sebagai
seorang yang sentiasa cuba mengambil sikap sabar. Jadi, kalau anak cucu aku
mahu jadi seperti aku, pertama-tama mereka mestilah mengamalkan sabar.”
Keshogunan Tokugawa yang diasaskan oleh Ieyasu bertahan selama hampir 265 tahun |
TERJEMAHAN
Aleksa Vučković. (16 Mac 2021). Tokugawa Ieyasu: Most Powerful Shogun and
Great Unifier of Japan. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/tokugawa-ieyasu-0015056
- Get link
- Other Apps