- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Mesir Purba dan peradabannya kaya dengan budaya dan kepercayaan yang langka, walau adakalanya
ia kelihatan aneh pada pandangan kita. Bagi mereka, setiap satunya mengandungi makna
yang mendalam lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kepercayaan agama.
Antara tradisi paling
utama bagi mereka ialah mumifikasi. Umumnya, amalan mengawet ma.yat bukanlah
sesuatu yang asing bagi tamadun-tamadun di dunia. Namun mumifikasi mengecapi
kesempurnaan dalam tamadun Mesir Purba, di mana ia diamalkan selama ribuan
tahun.
Melihat daripada
sudut bahasa, perkataan ‘mummy’ diambil daripada ‘mumia’ (Bahasa Latin) sambil Bahasa Latin sendiri meminjamnya daripada perkataan mūmiya ( مومياء) dalam Bahasa Arab. Perkataan tersebut didapati berakar
daripada perkataan mūm (Bahasa Parsi) yang membawa maksud 'lilin'.
Perkataan tersebut
digunakan bagi merujuk kepada mana-mana ma.yat yang diawet – sama ada secara
sengaja mahupun semula jadi – dan tidak hanya mengkhusus kepada mumia Mesir Purba
semata-mata. Cuma, tidak dinafikan yang bukan semua mumia mampu menandingi daya
tarikan yang dimiliki oleh mumia-mumia yang ada di Mesir Purba.
Antara mumia paling tua
di Mesir Purba ialah enam mumia dari zaman pra-dinasti yang dijumpai di
Gebelein. Mumia-mumia yang berusia dari tahun 3,4000 SM ini terawet secara
semula berkat cuaca dan persekitaran yang kering di Gebelein, sebuah bandar
yang berjarak kira-kira 40 km di selatan Thebes.
Keenam-enam mumia
Gebelain ini dianggap signifikan kerana ia datang dari peringkat terawal dalam
sejarah ketamadunan Mesir Purba, sekali gus memberikan maklumat berkaitan
perkembangan tradisi mumifikasi.
![]() |
| Mumia Gebelein merupakan antara mumia Mesir Purba tertua dan kini dipamerkan di Muzium British |
Tambahan, tiga daripada
mumia tersebut masing-masing ditutupi oleh tikar rumput, kulit haiwan, dan daun
kelapa yang mungkin bertujuan membantu proses mumifikasi. Keadaan ini dilihat
janggal, kerana rata-rata ma.yat pada era pra-dinasti dikebu.m.ikan dalam keadaan
tanpa seurat benang. Amat jarang ia dibalut atau ditutup dengan kain. Apapun,
amalan sebegini kemudian mendorong kepada pembentukan kaedah mumifikasi yang lebih rumit.
Bagi masyarakat Mesir
Purba, kema.ti.an dan kehidupan sesudah ma.t.i merupakan salah satu elemen penting
dalam agama anutan mereka. Mumifikasi, justeru tidak terkecuali. Mereka percaya
bahawa ma.y.at perlu dipelihara tubuhnya supaya dapat bangkit semula di alam
kema.ti.an.
Kepercayaan ini
bertunjang kembali kepada konsep sembilan bahagian jiwa menurut masyarakat
Mesir Purba, di mana salah satunya ialah ka, esensi kehidupan atau
nyawa. Ketika seseorang individu itu ma.t.i, ka dipercayai keluar
meninggalkan jasad. Ia hanya boleh masuk kembali ke dalamnya jika keadaan jasad masih
terpelihara.
Jasad yang terpelihara
dipercayai dapat bersemuka dengan Osiris di alam kema.ti.an, lalu menyatu kembali
dengan jiwanya dan menjalani kehidupan abadi di sana. Justeru, andai jasad
tidak dipelihara, maka proses kebangkitan semula tidak dapat
disempurnakan.
![]() |
| Mumifikasi atau pemeliharaan jasad dianggap penting kerana ia membolehkan roh mendiang dihakimi oleh Osiris di Dewan Penghakiman, yang menentukan untung nasibnya di alam kema.ti.an |
Secara bertahap tetapi
pasti, masyarakat Mesir Purba menyempurnakan kemahiran mereka dalam tradisi
mumifikasi. Salah satu elemen utama yang membantu mereka ialah natron,
sejenis garam yang boleh didapati di Wadi Natrun, sebuah lembah di utara
Mesir.
Natron mengandungi
sodium karbonat dekahidrat, serta sejumlah kecil sodium klorida dan sodium
sulfat. Kombinasi ini membuatkan natron berfungsi sebagai ejen pengering
semula jadi yang berkesan, sekali gus amat membantu dalam proses mumifikasi.
Proses tersebut bukan
sekadar rumit dan memakan masa yang panjang, tetapi ia juga tidak terlalu
menyenangkan. Mumifikasi kebiasaannya dimulakan dengan mengeluarkan otak – sama
ada dengan menggunakan sejenis cangkuk yang dimasukkan melalui hidung atau
sejenis batang yang digunakan bagi mene.mbu.si tengkorak lalu mencairkan otak.
Setelah tempurung
kepala usai dikosongkan, ia diisi dengan campuran wangian dan damar pokok.
Campuran ini bertujuan meminimakan bau busuk, di samping menghentikan proses
pere.pu.tan sisa cecair otak yang tertinggal pada tengkorak.
![]() |
| Lukisan dinding yang menggambarkan proses mumifikasi |
Kemudian, proses
mumifikasi berpindah ke bahagian abdomen. Tubuh dibe.d.ah dan organ-organ utama
dikeluarkan lalu disapu dengan garam atau natron, sebelum ditempatkan di
dalam balang khusus untuk dise.ma.dikan bersama jasad yang telah dimumifikasi.
Kebiasaannya, jantung dikecualikan daripada proses ini – ia dibiar tidak berusik.
Bahagian tubuh yang dikosongkan ini kemudian diisi dengan campuran yang sama
seperti tadi.
Sesudah itu,
keseluruhan bahagian jasad disapu dengan natron dan dibiarkan selama 30 hingga 70 hari bagi
menyempurnakan proses dehidrasi. Kemudian, barulah ia boleh diawet dan
dimumifikasi – di mana jasad dimandikan, disapu dengan minyak wangi, dan
seterusnya diselaputi dengan damar yang bertujuan menguatkan lekatan kain
balutan. Bagi golongan atasan, proses mumifikasi diakhiri dengan memakaikan
topeng mumia.
Secara umum, proses
mumifikasi dibahagikan kepada tiga kelas – iaitu kelas atasan (melibatkan
proses yang terperinci seperti di atas), kelas pertengahan, dan kelas bawahan
(khusus buat rakyat miskin). Petugas yang menguruskan proses mumifikasi juga
dibahagikan mengikut kelas masing-masing, di mana kelas atasan diuruskan oleh
pendeta berpangkat tinggi manakala kelas bawahan diuruskan oleh pendeta baru.
Sebahagian keluarga miskin bahkan memilih untuk melakukan sendiri proses mere.pu.tkan ma.y.at sebelum menyerahkannya kepada pihak pendeta untuk diawet. Hal ini lebih utama bagi ma.y.at wanita, kerana kebiasaannya ia dice.ma.ri dengan noda nekro.fi.lia.
Secara tidak langsung,
tradisi mumifikasi menggambarkan keadaan sosial masyarakat Mesir Purba. Pada
satu sisi, ia memperlihatkan pembahagian kasta yang ketara. Namun pada sisi
lain, ia menekankan peri pentingnya kema.t.ian sebagai elemen utama dalam
kepercayaan mereka.
![]() |
| Organ dalaman seperti paru-paru, usus dan hati disimpan di dalam empat balang khusus yang mewakili pemeliharaan empat dewa |
Masyarakat Mesir Purba
tidak hanya mementingkan mumifikasi jasad, tetapi juga organ dalaman. Justeru,
ia ditempatkan di dalam empat balang khusus yang dipercayai dilindungi oleh
empat putera Horus, iaitu Hapy, Duamutef, Imsety, dan Qebhseneuf.
Masing-masing mempunyai
peranan yang tersendiri. Hapy si dewa berkepala beruk melindungi paru-paru.
Duamutef si dewa berkepala anjing memelihara perut. Usus besar dan kecil dijaga
oleh Qebhseneuf si dewa berkepala helang, manakala Imsety yang berkepala
manusia pula menjaga hati.
Jantung juga merupakan
antara organ dalaman yang penting. Cuma, ia tidak dikeluarkan daripada tubuh
supaya dapat ditimbang di neraca Dewi Maat semasa roh men.di.ang berada di Dewan Pengha.kim.an.
Proses mumifikasi dan
kepercayaan yang berkaitan dengannya dapat dilihat dengan ketara dalam ma.ka.m
firaun, bangsawan, dan golongan atasan. Antara contoh paling utama ialah makam
Tutankhamun, firaun tersohor dari Dinasti Ke-18. Walaupun usianya menjangkau
hampir 3,300 tahun, keadaan jasadnya diawet dengan agak sempurna.
Ia dipersiapkan dengan
segala keperluan untuk mengharungi alam kema.ti.an. Jasadnya dilindungi oleh tiga
lapis keranda. Ketiga-tiga kera.nd.a ini pula ditempatkan di dalam sebuah
sarcophagus yang ditutupi oleh empat lapisan lain.
Sementara itu, jasad
Tutankhamun sendiri dibalut dengan kain linen dan disapu dengan minyak khusus.
Setiap lapisan balutan mengandungi barangan berharga yang diperuntukkan buat
beliau di alam kema.ti.an. Sehingga hari ini, mumia Tutankhamun dan segala barang
perse.ma.di.annya dianggap sebagai salah sebuah penemuan arkeologi terpenting di
Mesir.
![]() |
| Mak.am Tutankhamun sewaktu ditemui oleh Howard Carter pada tahun 1922 |
Proses mumifikasi tidak
hanya melibatkan manusia. Haiwan juga menjalani proses yang sama. Sebahagiannya
dimumifikasi untuk menjadi peneman tuannya di alam sana. Sebahagian yang lain
pula dimumifikasi sebagai sembah kor.b.an buat dewa.
Memandangkan dewa-dewi
Mesir Purba mempunyai ciri-ciri atau rupa-paras haiwan, maka haiwan khusus
selalu dikor.ba.nkan sebagai bentuk pemujaan. Lingkungan arkeologi misalnya,
pernah menjumpai tanah perku.bu.ran yang dipenuhi sepenuhnya oleh mumia haiwan –
helang, buaya, angsa, kucing, babun, ikan, luwak, anjing, kumbang, ular, dan
banyak lagi. Dianggarkan, tanah perku.bu.ran di Saqqara sahaja menempatkan lebih
500,000 mumia angsa.
Bagi pandangan moden,
amalan sebegini mungkin menyebalkan. Namun masyarakat Mesir Purba menerimanya
sebagai suatu amalan murni. Mumifikasi, menurut mereka, adalah jalan yang
membolehkan jiwa kembali ke alam kem.at.ian.
Sebagai kesimpulan,
proses mumifikasi atau pengawetan ma.yat berbeza bagi setiap tamadun. Bagi
tamadun Mesir Purba, ia secara tidak langsung menjadi jendela yang membolehkan
kita melihat dan menjengah ke situasi sosial pada zaman mereka. Ia
menggambarkan kemajuan Mesir Purba dalam sudut perubatan, kerumitan mereka
dalam sistem kepercayaan, dan perbezaan kasta dalam ranah kehidupan.
![]() |
| Proses mumifikasi dalam satu gambar |
TERJEMAHAN
Aleksa Vučković. (8 Mac 2021). Ready for the Afterlife: The Mummification
Process in Ancient Egypt. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/mummification-process-0015025
- Get link
- X
- Other Apps






