- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sparta sememangnya
tersohor dengan keunggulan mereka di medan pepe.rangan. Barisan phalanx
dianggap sebagai infantri yang sukar ditandingi, khusus kerana disiplin mereka
yang jitu sekali gus menggamit kekaguman sejarawan kontemporari dan kini.
Keunggulan mereka ini
banyak disumbangkan oleh sistem pendidikan mereka yang melorongkan kanak-kanak
lelaki supaya menjadi pahlawan yang terampil dan kanak-kanak perempuan mereka membesar
sebagai wanita yang mampu melahirkan seorang perajurit handalan.
Sparta bagaimanapun
pada mulanya tidaklah begitu berbeza dengan negara-negara kota Yunani yang
lain. Sejarahnya boleh dijejaki dari kurun ke-9 Sebelum Masehi. Ia bermula
sebagai kota biasa, tidak masyhur dengan ahli falsafah mahupun artisan seperti
negara kota lain. Namun masih, Sparta tetap membudayakan tradisi berpuisi yang
kuat.
Sekitar tahun 700
Sebelum Masehi, sejarah Sparta mengalami perubahan ketara. Sekitar waktu itu,
mereka menak.luki Messenia. Warga Messenia kemudian diserap ke dalam populasi
Sparta sebagai ham.ba, atau biasanya disebut sebagai helot. Helot
umumnya berkongsi latar belakang yang sama, justeru hal ini membangkitkan
solidariti sesama mereka. Hal itu jugalah yang mendorong helot untuk
beberapa kali bangkit menen.tang Sparta.
Disebabkan itu, wara
Sparta makin lama makin menumpukan perhatian pada kesiapsiagaan warga kotanya
dalam menghindari sebarang bentuk an.caman mahupun penen.tangan. Kehadiran helot
yang ramai untuk melakukan kerja-kerja harian juga membolehkan Sparta
menubuhkan pasukan ten.tera tetap. Dasar ini diperkuat lagi dengan pembentukan
sistem latihan keten.teraan yang disebut sebagai agoge.
![]() |
Kanak-kanak
Sparta turut diajarkan membaca, menulis, menyanyi, dan ilmu moral dan sejarah |
Agoge menyediakan
program latihan yang direka khusus untuk membentuk jati diri kanak-kanak Sparta
menjadi pahlawan berjiwa kental dan setia terhadap tanah tumpah darah mereka.
Di Sparta, kanak-kanak lelaki akan dibesarkan oleh ibu masing-masing sehingga
usia 7 tahun.
Pada usia tersebut,
mereka akan dimasukkan ke dalam agoge. Di sana, mereka diajar membaca,
menulis, menyanyi, menari, moraliti, dan sejarah. Mereka juga dididik supaya
mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat.
Posyen makan di agoge
relatif sedikit, namun tidaklah sampai membawa kepada kebu.luran. Sekadar cukup
untuk membuatkan mereka berasa lapar sepanjang dalam latihan. Untuk mendapatkan
makanan yang lebih, mereka perlu cu.ri-cu.ri makan. Namun jika tertang.kap,
huku.man keras akan dikenakan.
Dasar sebegini
bertujuan mendidik mereka tentang kemahiran mengendap – suatu kemahiran yang
amat penting bagi seorang ten.tera. Sepanjang berada di agoge juga,
mereka cuma dibekalkan dengan sehelai pakaian tanpa sebarang kasut. Semuanya
bagi menguatkan tapak kaki. Kononnya, ten.tera Sparta yang berkaki ayam mampu
berlari jauh lebih lama berbanding ten.tera Yunani lain yang lengkap berkasut.
![]() |
Sparta
mempunyai pusat latihan khusus yang disebut sebagai agoge |
Latihan di agoge
kebiasaannya tamat sesudah mereka mencapai usia 16 tahun. Kemudian, mereka akan
menjalani latihan tambahan selama beberapa tahun – biasanya sehingga menginjak
usia 20 tahun. Pada usia tersebut, mereka akan diserap ke dalam pasukan ten.tera
tetap Sparta dan meluangkan hidup di barak bersama rakan-rakan yang
lain.
Tempoh perkhidmatan
sebagai ten.tera tetap ini selalunya berpanjangan sehingga usia 30 tahun. Pada
umur itu, mereka akan diiktiraf sebagai warganegara penuh dan digalakkan supaya
berkahwin. Sparta bagaimanapun mengelaskan kesemua lelaki berusia 20 hingga 60
tahun sebagai ten.tera yang boleh dikerah pada bila-bila masa.
Tidak seperti
negara-negara kota Yunani yang lain, kaum wanita di Sparta tidak dikurung di
dalam rumah. Mereka sebaliknya dibenarkan untuk menyertai acara-acara kesukanan
seperti berlari, bergusti, melempar cakera, dan melontar tombak.
Bagi penduduk Sparta,
penting bagi kaum wanita mereka kekal cergas dan sihat sama seperti kaum lelaki
bagi melahirkan bayi yang kuat. Selain kecergasan fizikal, mereka turut
didedahkan dengan bidang muzik dan seni menari. Aktiviti-aktiviti dalam rumah
seperti memintal bulu dianggap sebagai pekerjaan remeh justeru ia diserahkan
kepada ham.ba-ham.ba wanita.
Sistem pendidikan di
Sparta dikagumi di seluruh Yunani, termasuklah oleh warga Athens yang berseteru
dengannya. Oleh kerana itu, tidak pelik jika orang luar menyertai agoge.
Xenophon si sejarawan dari Athens misalnya, menghantar dua orang anak lelakinya
untuk berlatih di sana. Apa yang diperlukan cuma penajaan daripada warga Sparta
itu sendiri.
Walaupun sistem
pendidikan Sparta dilihat agak sempit berbanding negara-negara kota lain kerana
menumpu sepenuhnya pada bidang keten.teraan, ia berjaya menuai keberhasilan
kerana melahirkan kota ampuh yang mampu membekalkan ten.tera-ten.tera yang
berupaya mendepani lawan segagah Empayar Achaemenid.
TERJEMAHAN
Caleb Strom. (14 Mac 2019). Spartan Soldier from Birth: Growing Up in a City
of Warriors. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/spartan-soldiers-0011616
- Get link
- X
- Other Apps