- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sesudah berakhirnya
Zaman Tiga Kerajaan Akhir (892-936 M), Dinasti Goryeo muncul berkuasa pada
kurun ke-10 sehingga kurun ke-14 Masehi, justeru secara tidak langsung
sejarahnya amat berkait rapat dengan kelangsungan tamadun China yang sepanjang
tempoh itu mengharungi tiga dinasti berbeza; iaitu Dinasti Song (960-1279 M),
Dinasti Yuan (1279-1368 M), dan Dinasti Ming (1368-1644 M).
Era pemerintahan
Dinasti Goryeo selalunya dianggap sebagai zaman keemasan Buddhisme di Korea.
Hal ini kerana ia diangkat sebagai agama rasmi dinasti. Tripitaka Koreana
misalnya, dihargai sebagai salah satu pencapaian paling signifikan dalam
sejarah penyebaran agama Buddha di Korea.
Nama Korea, yang
diderivasi daripada Goryeo, adalah kependekan daripada nama Goguryeo.
Sememangnya, nama Dinasti Goryeo diambil bersempena kerajaan Goguryeo yang
wujud pada kurun pertama Sebelum Masehi hingga kurun ke-7 Masehi.
Menyentuh serba ringkas
perihal Goguryeo, ia merupakan salah satu dari tiga kerajaan yang bere.but
hegemoni di Semenanjung Korea sepanjang tempoh itu (di samping Baekje dan
Silla). Justeru, zaman tersebut disebut sebagai Zaman Tiga Kerajaan. Wilayah
kekuasaannya merangkumi bahagian utara dan tengah semenanjung, serta timur laut
China dan wilayah selatan Primorsky Krai, Russia.
Sejarah penubuhan
Dinasti Goryeo dikembalikan kepada seorang tokoh bernama Wang Geon. Beliau
dipercayai lahir di Songak (kini Gaeseong) pada tahun 877 Masehi. Bapanya
bernama Wang Yung, seorang pembesar yang mengetuai hubungan perdagangan dengan
China. Berikutan kekayaan yang dimilikinya, Wang Yun dipandang tinggi sebagai
orang kenamaan.
Pada lewat kurun ke-9
Masehi, Kerajaan Silla Bersatu yang mendominasi lanskap politik di Semenanjung
Korea mengalami ketidakstabilan politik. Banyak pembe.ron.takan berlaku. Salah satunya
diketuai oleh Gung Ye (869-918 M) yang meram.pas wilayah timur laut daripada
kuasa pusat sekali gus membuatkan ramai pembesar tempatan tunduk kepadanya.
Antara yang tidak terkecuali ialah Wang Yung.
![]() |
Wang Geon, pengasas Dinasti Goryeo |
Wang Yung malah
menumpahkan khidmatnya kepada Gung Ye, diikuti oleh anaknya Wang Geon. Tidak
lama, Wang Geon berjaya menempa nama sebagai pemimpin ten.tera yang cekap.
Kedudukannya di sisi Gung Ye makin lama makin mantap.
Menjelang tahun 901
Masehi, Gung Ye menubuhkan Kerajaan Hugoguryeo (901-918 M). Wang Geong pula
terus mencurahkan khidmat sebagai panglima utamanya, sekali gus
bertanggungjawab mengepalai segala kempen keten.teraan ke atas mu.suh-mu.suh Gung
Ye. Pada tahun 913 Masehi, Wang Geon dilantik sebagai perdana menteri
Hugoguryeo.
Namun tahun demi tahun,
sisi ti.ra.ni Gung Ye makin terserlah. Rakyat jelatanya ramai yang mende.ri.ta
akibat dasar pemerintahan beliau yang za.lim. Justeru, empat orang panglima
atasan Hugoguryeo berpakat untuk menggu.lingkan Gung Ye dan menggantikannya
dengan Wang Geon.
Rancangan tersebut
dilaksanakan pada tahun 918 Masehi, dengan Gung Ye dibu.nuh berhampiran
Cheorwon, ibu kota kerajaan Hugoguryeo. Wang Geon lantas ditabalkan sebagai
raja dan diberi gelaran Taejo. Kerajaan yang ketika itu dipanggil sebagai
Taebong pula ditukarkan namanya menjadi Goryeo sekali gus bermulalah sejarah
Dinasti Goryeo.
Pada waktu itu,
Semenanjung Korea masih terbahagi antara tiga buah kerajaan; iaitu Goryeo,
SIlla Bersatu, dan Hubaekje. Wilayah naungan Silla Bersatu bertempat di
tenggara semenanjung, manakala Hubaekje pula menguasai timur laut. Justeru
tahun-tahun pemerintahan Wang Geon banyak ditumpukan pada usaha menyatukan
Semenanjung Korea.
Tahun 927 Masehi, ibu
kota Kerajaan Silla Bersatu, iaitu Gyeongju, dise.rang dan dita.wan oleh Gyeon
Hwon si pengasas Hubaekje. Raja mereka, Gyeongje, ditang.kap lalu dibu.nuh oleh
Gyeon Hwon. Takhta beliau lantas digantikan oleh seorang raja boneka yang
bernama Gyeongsun.
Kemelut ini dilihat
oleh Wang Geon sebagai peluang untuk menak.luki kedua-dua kerajaan tersebut.
Lantas, ten.teranya pun digerakkan bagi menghambat pasukan Hubaekje yang sedang
dalam perjalanan pulang. Namun, Wang Geon kalah pe.rang. Mujur, beliau sempat
menyusun semula kekuatannya dan mempertahankan kerajaan saat Gyeon Hwon
melancarkan se.rangan balas.
![]() |
Peta Semenanjung Korea sewaktu awal penubuhan Goryeo |
Lapan tahun kemudian
(935 M), Gyeongsun si raja boneka Kerajaan Silla Bersatu bertindak menyerahkan
kerajaannya kepada Wang Geon. Baginya, mustahil untuk beliau membela untung
nasib kerajaannya sendiri, apatahlagi mengembalikan zaman kegemilangannya.
Justeru, lebih baik jika ia diserahkan kepada tokoh selayaknya.
Pelawaan tersebut
diterima oleh Wang Geon. Sebagai imbalan, beliau mengurniakan gelaran putera
kepada Gyeongsun. Salah seorang puteri Gyeongsun turut dikahwini demi memperat
hubungan antara kedua-duanya. Perkahwinan tersebut berkesan dalam membantu Wang
Geon memperoleh sokongan pembesar-pembesar Kerajaan Silla Bersatu.
Sementara itu di pihak
seterunya, Gyeon Hwon mengalami masa-masa sukar. Pada tahun sama Wang Geon
memperoleh Kerajaan Silla Bersatu, bapa kandung Gyeon Hwon berpaling tadah
kepada Kerajaan Goryeo.
Tidak cukup kehilangan
bapanya, Gyeon Hwon malah terpaksa berhadapan dengan putera sulungnya, Singeom.
Takhta beliau diram.pas. Segalanya kerana beliau menamakan putera lain sebagai
pewaris. Gyeon Hwon lantas dipen.jarakan di sebuah kuil Buddha. Namun, tuah
masih sudi berbudi kepadanya. Beliau berjaya melarikan diri dan membawa nasib
ke Goryeo. Kedatangannya dilayani dengan baik oleh Wang Geon, walaupun mereka
telah lama saling bermu.suhan.
Keadaan ini mendorong
kepada kejayaan Wang Geong dalam menyatukan Semenanjung Korea setahun kemudian
(936 M). Pada tahun itu, beliau melancarkan kempen terakhir ke atas Hubaekje
yang diperintah oleh SIngeom. Penen.tangan awal yang diberikan Singeon langsung
tidak menunjukkan keberhasilan, justeru beliau pun menyerah. Hubaekje akhirnya
tunduk di bawah telunjuk Goryeo.
Peristiwa tersebut menandakan
titik penting dalam sejarah Korea. Untuk tempoh yang panjang, ia berjaya
disatukan di bawah satu pemerintahan tunggal – sehingga tahun 1948, tahun di
mana Korea berpecah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan.
![]() |
Pemakaian pada zaman Dinasti Goryeo |
Wang Geon sendiri terus
memerintah Goryeo sehingga mang.kat pada tahun 943 Masehi. Dinasti Goryeo yang
ditubuhkannya bertahan sehingga tahun 1392 Masehi, di mana ia digantikan oleh
Dinasti Joseon. Sepanjang tempoh kekuasaan Goryeo, ia mengharungi pelbagai
rintangan di sebalik kejayaan.
Antara tahun paling
mencabar buat mereka adalah tahun 993 Masehi. Pada tahun tersebut, sempadan
barat laut Goryeo dicero.bohi suku nomad Khitan yang memerintah Empayar Liao.
Angkatan ten.tera yang dibawa mereka mencecah sehingga 800,000 orang ramainya.
Empayar Liao merupakan
kuasa ampuh yang memayungi utara Asia. Ia bermu.suhan dengan Dinasti Song di
China. Justeru, sebaik sahaja Goryeo bersetuju untuk membubarkan hubungan baik
dengan China, Khitan pun langsung sahaja mengundurkan angkatan ten.tera mereka
dan menyerahkan wilayah timur Sungai Yalu kepada Goryeo.
Goryeo bagaimanapun
meneruskan hubungannya dengan Dinasti Song dan membina kubu-kubu pertahanan
untuk memperkuat wilayah utara yang baru diperolehinya itu.
Pada tahun 1010 Masehi,
suku Khitan sekali lagi menye.rang Goryeo yang sedang mengalami keka.cauan
politik. Tahun sebelumnya, raja Mokjong digu.lingkan dan dibu.nuh oleh salah
seorang panglimanya, Gang Jo. Hyeonjong diangkat sebagai raja baru menggantikan
Mokjong, namun kuasa sebenar berada dalam genggaman Gang Jo.
Buat seketika, Gang Jo
berhasil melindungi Goryeo daripada se.rangan Khitan. Namun, beliau akhirnya
tewas dan terbu.nuh. Hyeonjong pula terpaksa mengundurkan diri dari ibu kota.
Keadaan meruncing ini bagaimanapun cuma seketika. Khitan tidak berupaya
meneguhkan kedudukannya di Goryeo. Dek risaukan se.rangan balas daripada
Hyeonjong, mereka pun akhirnya berundur pada tahun 1011 Masehi.
Mereka hanya menye.rang
kembali buat kali ketiga dan terakhir pada tahun 1018. Dalam serangan tersebut,
mereka membawa seramai 100,000 orang ten.tera. Namun, kekalahan teruk yang
dialami mereka membuatkan Khitan hanya pulang membawa beberapa ribu orang
ten.tera sahaja.
Empat tahun kemudian,
Empayar Liao memeterai perdamaian dengan Goryeo. Kedua-duanya mengecapi tempoh
aman.
Kira-kira satu kurun
berikutnya, Jurchen yang bersempadan dengan Empayar Liao dan Goryeo bangkit
berkuasa sebagai Dinasti Jin yang ditubuhkan pada tahun 1115 Masehi. Mereka
melancarkan se.rangan ke atas dua jirannya itu. Khitan dihancurkan, sementara
Goryeo dijadikan vassal yang dipaksa membayar ufti secara tahunan.
![]() |
Gambaran Gaeseong, ibu kota Goryeo |
Pada tahun 1231 Masehi,
Goryeo berhadapan dengan satu lagi an.caman, iaitu Empayar Monggol. Ogedeo Khan
menghalakan bala ten.teranya ke wilayah Goryeo ketika melancarkan kempen
penak.lukan China. Goryeo memberikan penen.tangan selama 30 tahun, namun kemudian
mereka bertukar dasar dan berdamai.
Perubahan dasar ini
berlaku akibat pembu.nuhan Choe Ui si pemerintah dik.tator. Rejim ten.tera
digantikan dengan faksi cendekiawan yang cenderung untuk menjalinkan hubungan
mesra dengan Monggol.
Berikutan itu, Monggol
mengalihkan sasaran kepada Jepun – se.rangan pertama dilakukan pada tahun 1274
dan se.rangan kedua pula pada tahun 1281. Dalam kedua-dua cubaan tersebut,
Goryeo membekalkan sejumlah ten.tera kepada pasukan Monggol.
Tahun 1368 Masehi,
Dinasti Yuan digantikan oleh Dinasti Ming. Dalam tempoh itu juga,Goryeo
mengalami kemunduran. Namun masih, ia berupaya mengekalkan kekuasaan untuk
beberapa dekad berikutnya. Tahun-tahun terakhir Goryeo banyak bersangkut-paut
dengan sikap anggota istananya terhadap China.
Sejurus selepas
kejatuhan Dinasti Yuan, Goryeo terbahagi dua di antara mereka yang menyokong
Dinasti Ming dan mereka yang menyokong Dinasti Yuan. Ketika mula meneguhkan
kuasanya, Dinasti Ming membiarkan Goryeo bersama nasibnya sendiri buat
seketika.
Namun menjelang tahun
1388, mereka menghantar utusan yang menuntut sebahagian besar wilayah utara
Goryeo. Faksi yang bersikap anti terhadap Ming membantah tuntutan tersebut dan
serangan ke atas Semenanjung Liaodong pun dilakukan.
Cuma ironi, kempen
keten.teraan tersebut dipertanggungjawabkan ke atas Yi Seongye yang merupakan
pendokong kuat Dinasti Ming. Ibarat mengharapkan pegar untuk menjaga padi, Yi
Seongye malah menye.rang ibu kota Goryeo. Justeru pada tahun 1392, Gongyang si
raja terakhir Goryeo digu.lingkan dan Yi pun menubuhkan Dinasti Joseon.
Tidak seperti Dinasti
Joseon yang menganut Konfusianisme sebagai ideologi rasmi, Dinasti Goryeo
berpaut pada Buddhisme. Ia bahkan merintis zaman keemasan agama Buddha di
Korea.
![]() |
Tripitaka Koreana merupakan salah satu legasi Buddhisme utama dari Dinasti Goryeo |
Legasi Buddhisme yang
paling utama dari Dinasti Goryeo ialah Tripitaka Koreana yang disifatkan
sebagai himpunan teks, perundangan, dan risalah ajaran Buddha yang paling
lengkap di Korea, dengan keseluruhannya diukir pada 81,258 bongkah blok kayu
cetakan.
Ia dihasilkan buat
pertama kali pada tahun 1011 Masehi, sewaktu Goryeo dan Empayar Liao sedang
berkon.flik antara satu sama lain. Penghasilannya dibiayai oleh raja Goryeo demi
memohon perlindungan Buddha dari se.rangan suku Khitan.
Koleksi Tripitaka
Koreana awal tersebut bagaimanapun han.cur di tangan Monggol. Justeru pada
tahun 1236 Masehi, raja Goryeo menitahkan supaya salinan Tripitaka Koreana
yang baru dihasilkan. Kerja-kerja tersebut mengambil masa selama 15 tahun dan
disiapkan pada tahun 1251 Masehi.
Enam tahun selepas
kejatuhan Dinasti Goryeo (1398 Masehi), Tripitaka Koreana dipindahkan ke
Kuil Haeinsa yang terletak di Gunung Gaya dan masih berada di sana sehingga
hari ini. Ia diwartakan sebagai Khazanah Negara, manakala Kuil Haeinsa pula
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
TERJEMAHAN
Wu
Mingren. (17 April 2021). The Goryeo Dynasty: Buddhist Unifier of the Korean
Peninsula. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/goryeo-dynasty-0015210
- Get link
- X
- Other Apps