- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sukan gladi.ator
cukup sinonim dengan tamadun Rom Purba. Ia selalu menjadi cerminan bagi
menggambarkan budaya hiburan tamadun berkenaan. Gladi.ator kebiasaannya
dikaitkan dengan da.rah dan kega.na.san. Namun, apakah ia sekadar itu?
Artikel kali ini
serba-serbi cuba menyentuh perihal sejarah sukan gladi.ator dan suasana
kehidupan peta.rung-peta.rung yang terlibat di dalamnya.
Istilah
‘gladi.ator’ diambil daripada sebuah perkataan Latin, iaitu gladi.atores
bagi merujuk kepada gla.dius – sejenis pe.dang pendek yang digunakan oleh
mereka. Ramai sejarahwan berpandangan yang sukan ini boleh dijejak kembali akar
awalnya pada tamadun Etruscan yang mendahului tamadun Rom.
Selain berfungsi
sebagai adat keagamaan, sukan glad.iator pada zaman itu juga diadakan bagi mengimarahkan
hari kema.tian golongan berada, di mana ban.duan atau taha.nan pe.rang dipaksa
berta.rung sehingga ma.ti. Keberanian dan ketangkasan peta.rung-peta.rung ini
kononnya mencerminkan kemuliaan bangsawan-bangsawan yang telah pergi ke negeri
abadi.
Tradisi sukan
gladi.ator dipercayai berpanjangan selama lebih 650 tahun. Ia memenuhi kalendar
sukan masyarakat Rom sejak tahun 105 SM hingga 404 Masehi. Dalam tempoh tersebut,
tidak banyak perubahan berlaku, kecuali beberapa.
Pada mulanya,
peta.rung-peta.rung gladi.ator terdiri daripada golongan ban.duan, taha.nan pe.rang,
dan ham.ba sahaya. Namun sesudah Colosseum selesai dibina dan dibuka pada tahun
80 Masehi, peta.rung gladi.ator menjadi suatu kerjaya yang menguntungkan.
Disebabkan
perubahan ini, banyak pusat latihan glad.iator dibuka bagi melatih
peta.rung-peta.rung sukarela. Hadiah lumayan yang ditawarkan selalunya menjadi
tumpuan, di samping kemasyhuran yang dijanjikan.
Kebiasaannya,
peta.rung-peta.rung sukarela ini datang dari lingkungan pesara ten.tera dan mereka
yang terdesak mencari jalan keluar dalam hidup. Kadangkala, bangsawan dan
pahlawan handalan turut menyertai perta.rungan gladi.ator bagi memperagakan
kemahiran masing-masing.
Gambaran reka bentuk Colosseum dan Ludus Magnus |
Rome mempunyai beberapa
buah pusat latihan gladi.ator yang unggul, termasuklah Ludus Magnus, Ludus Matutinus,
Ludus Gallicus, dan Ludus Dacicus. Setiap pusat latihan ini mempunyai ejen-ejen
tersendiri yang bertanggungjawab melamar mana-mana peta.rung berpotensi untuk
mewakili nama mereka.
Di pusat-pusat
latihan ini, para peta.rung diberi jaminan keselamatan namun hidup dalam
pemen.ja.raan dan kongkongan. Mereka diberikan tiga kali hidangan setiap hari, di
samping khidmat rawatan terbaik. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan bercakap
sewaktu masa makan dan dibe.leng.gu sepanjang berada di sana. Diet pemakanan
mereka lazimnya terdri daripada protein dan karbohidrat, seperti bubur barli
dan bijirin – tanpa hidangan a.rak, cuma air kosong.
Mengusahakan
pusat gladi.ator bukanlah satu pelaburan yang kecil. Modal untuk melatih
seseorang peta.rung gladi.ator cukup tinggi, justeru mereka digalakkan supaya
bertahan selama mungkin di dalam gelanggang.
Kebanyakan
mereka tidaklah berta.rung sehingga ma.ti. Sebilangan sejarahwan berpendapat
hanya satu perlima (atau satu persepuluh) sahaja yang ma.ti dalam gelanggang.
Rata-rata mereka berpeluang hidup sehingga usia pertengahan dua puluhan.
Bagaimanapun,
untung nasib peta.rung-peta.rung gladi.ator di Colosseum adakalanya ditentukan
oleh titah Maharaja itu sendiri – yang biasanya melibatkan undian (dan
perju.dian) daripada penonton.
Di samping itu,
sukan gladi.ator tidak hanya terhad kepada golongan lelaki. Ham.ba-ham.ba wanita juga
turut dike.rah turun ke gelanggang dan berla.wan dengan peta.rung lain jantina.
Pada zaman Maharaja Domitian, mereka diperintahkan mela.wan orang-orang kerdil
sebagai modal hiburan maharaja.
Penglibatan kaum
wanita di arena gladi.ator berpanjangan selama kurang lebih 200 tahun, sebelum
ia diha.ramkan oleh Maharaja Septimius Severus (193-211 Masehi).
Di gelanggang,
peta.rung-peta.rung gladi.ator dibekalkan dengan baju pelindung, perisai, dan
sen.jata sesuai dengan kelas masing-masing. Setiap gladi.ator dibahagikan kepada
empat kelas utama; iaitu Samnite, Thracian, Myrmillo, dan Retiarus.
Kelas-kelas gladi.ator serta kelengkapan sen.jata masing-masing |
Peta.rung kelas
Samnite selalunya dilengkapkan dengan pe.dang pendek (gla.dius), perisau
berbentuk segi empat tepat (scutum), pelindung besi (ocrea), dan
topi pelindung. Kelas Thracia pula digayakan dengan pe.dang pendek lengkung (sica)
dan perisau bulat atau petak yang sangat kecil (parma).
Peta.rung kelas
Myrmillo diberi julukan ‘nelayan’ kerana mengenakan topi pelindung berlambang
ikan. Mereka turut diberikan sebilah pe.dang pendek dan perisai seperti peta.rung
kelas Samnite. Cuma, baju pelindung mereka hanya menutupi lengan dan kaki
sahaja.
Antara semua
kelas peta.rung, kelas Retiarus merupakan yang paling terdedah tubuhnya. Mereka
tidak dibekalkan dengan topi atau baju pelindung. Cukup sekadar landas bahu dan
sebilah trident sebagai sen.jata. Apapun, bekalan paling ampuh buat seseorang
peta.rung gladi.ator tidak lain adalah ketangkasan dan keberanian berhadapan
dengan ma.ut.
Tahun 404
Masehi, sukan gladi.ator dibubarkan oleh Maharaja Honorius. Kesemua pusat
latihan ditutup, lalu menamatkan kewujudan sebuah sukan yang telah lama
merakyat dalam kalangan masyarakat Rom Purba.
TERJEMAHAN
Fiona Mccoss. (25 September 2020). The Real Lives of Roman Gladiators.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history/gladiators-rome-003512
- Get link
- Other Apps