- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Insan dan haiwan; kedua-duanya
berbeza bentuk kejadian namun hidup harmoni di muka bumi dengan masing-masing
berperanan terhadap satu sama lain.
Insan yang dibekali
akal, dipertanggungjawab memelihara kemaslahatan haiwan. Haiwan yang dibekali
pelbagai guna, dijadikan ujian buat manusia dalam memanfaatkannya tanpa dipandu
nafsu kebinatangan.
Makanan, pakaian,
pengangkutan, dan perlindungan merupakan antara manfaat yang didapatkan oleh
manusia daripada haiwan sejak sekian lama. Kehidupan manusia bagaimanapun tidak
lari daripada perseng.ketaan.
Pepe.rangan sesama
mereka selalunya mengheret penglibatan haiwan. Kuda, gajah, unta, dan anjing
merupakan antara haiwan yang sering terpalit dalam sejarah pepe.rangan manusia.
Artikel kali ini, justeru, cuba menelusuri serba-sedikit jejak kehadiran haiwan
dalam lembaran peperangan manusia.
KUDA
Kuda dijinakkan seawal
tahun 5,000 SM di Kazakhstan. Pada mulanya, ia diternak bagi mendapatkan daging
dan susu, selain dijadikan sebagai haiwan tunggangan dan pengangkut barangan.
Tidak lama kemudian, ia
menempati peranan penting dalam arena pepe.rangan sehinggalah penggunaan kuda
digantikan dengan kenderaan bermotor sekitar 100 tahun kebelakangan.
Dalam tamadun China dan
Mesir, kuda merintis penggunaan pedati terawal. Penciptaan pelana dan
sanggurdi (tempat berpijak pada kuda) serta pembiakan baka kuda yang lebih
besar membawa perubahan penuh kepada taktik pepe.rangan purba.
Kombinasi memanah sambil
berkuda yang disempurnakan oleh ten.tera Monggol melonjakkan lagi keutamaan
kuda, terutama kerana ia berjaya membantu tamadun tersebut menubuhkan sebuah
empayar yang memayungi hampir seluruh Eurasia.
Eropah juga menganggap
pasukan berkuda sebagai pasukan paling elit. Hampir setiap tamadun agung dunia mempunyai unit katafrak tersendiri.
Parsi, Rom, dan Yunani antara yang tidak terkecuali.
Unit katafrak dicirikan
sebagai unit berkuda yang dilengkapi persen.jataan dan perisai berat yang
melindungi seluruh tubuh – dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain
unit kavalri berat seperti Katafrak, Sipahi, dan Hussar, dunia turut mengenali
pasukan berkuda ringan seperti Mutaharrik at-tulai’a yang membantu Khalid
al-Walid sepanjang kempen keten.teraannya.
Mobiliti kuda
bagaimanapun tidaklah sesuai untuk semua rupa bumi. Oleh kerana itu, wujud
keperluan untuk melatih haiwan-haiwan perang yang lain.
ANJING
Catatan awal tentang
anjing pe.rang antaranya tercantum di dalam sumber klasik yang mengisahkan
tentang pepe.rangan antara Alyattes si raja Lydia dan suku nomad Cimmeria yang
datang dari Asia Tengah sekitar 2,600 tahun lalu.
Pada zaman purba, anjing
sememangnya dibawa mengiringi pasukan berkuda. Ia kebiasaannya dilepaskan
terlebih dahulu ke barisan mu.suh untuk mengucar-kacirkan formasi mereka,
sebelum unit kavalri maju dan merempuh.
Xerxes I ketika
menye.rang Yunani pada 480 Sebelum Masehi juga dicatatkan membawa sejumlah
anjing India yang ga.nas. Begitu juga dengan Pertem.puran Marathon (490 SM) yang
menyaksikan kehadiran anjing pe.rang.
Beberapa kurun
kemudian, tradisi penggunaan anjing pe.rang diteruskan pula oleh pasukan Rom.
Antara baka utama yang digunakan oleh mereka ialah Canis Molossus atau
turut disebut Molossian. Pahlawan Celtic yang berse.teru dengan Kaisar juga
tidak tinggal dari memanfaatkan anjing pe.rang. Baka yang digunakan ialah
Mastiff Inggeris.
Di zaman pertengahan,
penja.jah Sepanyol membawa anjing pe.rang yang dilengkapi kolar pepaku dan landas
pelindung ketika menak.luki Empayar Aztec pada tahun 1519 Masehi. Masyarakat
asal di Dunia Baru tidak terdedah kepada baka anjing dan kuda yang dibawa oleh
orang Eropah, justeru wujud keka.cauan dalam kalangan mereka.
Menukil Graham Hancock
di dalam bukunya W.a.r God, masyarakat Aztec hanya mengenali anjing kecil
yang tidak berbulu, persis Chihuahua. Tambahan, mereka selalunya tidak
menganggap anjing sebagai haiwan peliharaan. Bagi mereka, anjing ialah bekalan
daging di saat kecemasan.
Anjing-anjing Sepanyol
ini bukan hanya menggerunkan dek saiznya yang besar dan kelengkapan yang
dikenakan padanya. Akan tetapi, ia dibiarkan berlapar sebelum turun ke medan
pe.rang sekali gus menambahkan sifat bu.asnya saat berhadapan dengan
te.ntera-te.ntera Aztec.
Berganjak ke kurun
ke-20 Masehi, anjing pe.rang digunakan oleh pasukan Russia sebagai pengeb.o.m
berani ma.ti bagi mele.dakkan jentera-jentera-jentera berat milik Jerman dalam
Pe.rang Dunia Kedua.
GAJAH
Kehadiran gajah dalam
arena pepe.rangan mungkin paling sinonim dengan kisah Hannibal merentasi
Banjaran Alps bersama 40,000 ten.tera infantri, 12,000 ten.tera kavalri, dan 40
ekor gajah pe.rang. Peristiwa ini berlaku dalam kempen pepe.rangan beliau
menen.tang Empayar Rom pada tahun 218 Sebelum Masehi.
Bagaimanapun, ia
bukanlah kali pertama gajah digunakan sebagai unit pe.rang. Sekurun sebelumnya,
iaitu pada 331 SM, dunia menyaksikan Alexander Agung berhadapan dengan 15 ekor
gajah pe.rang milik Empayar Achaemenid dalam Pertem.puran Gaugamela – pertem.puran
muktamad antara dunia Yunani dan Parsi.
Penggunaan gajah pe.rang
lebih meluas di Asia Tengah dan Asia Tenggara. Di sub-benua India misalnya,
Ashoka dari Empayar Maurya dicatatkan pernah berdepan dengan 700 ekor gajah
pe.rang milik Maha Padmanabha dari Kalinga. Sementara di Vietnam, gajah pe.rang
menjadi benteng ampuh yang mengusir pasukan pence.roboh sejak sekian lama –
bermula dari Dinasti Han, Dinasti Sui, Monggol, dan Amerika Syarikat.
KHINZIR
Ramai yang kebuntuan
cara ketika berdepan dengan pasukan bergajah. Namun, catatan silam ada
menyebutkan satu haiwan yang dapat menanganinya – iaitu khinzir.
Pliny the Elder
menyifatkan gajah takut kepada bunyi khinzir, sampaikan ia akan berpatah balik sebaik
mendengarnya. Tambah beliau lagi, kaedah ini pernah digunakan oleh ten.tera Rom
ketika menghadapi pasukan bergajah Pyrrhus pada tahun 275 Sebelum Masehi.
Sementara tahun 266 SM
pula menyaksikan kota Megara berjaya mengalahkan mu.suh yang menge.pung darihasil
penggunaan khinzir yang dibakar – satu strategi yang saling tidak tumpah
seperti strategi menghen.tam kapal mu.suh dengan perahu yang terbakar.
Dalam kes ini,
te.ntera-te.ntera Megara menyalut khinzir-khinzir mereka dengan damar dan minyak
mentah, lalu membakarnya sebelum melepaskan setiap khinzir itu ke barisan
mu.suh, termasuklah pasukan bergajah yang kemudiannya merem.puh pasukan sendiri
sekali gus mengakibatkan ramai yang terkor.ban.
UNTA
Seperti kuda, unta
dianggap sebagai tunggangan perang utama khususnya di kawasan-kawasan gersang.
Ia juga masih digunakan sebagai medium pengangkutan pada hari ini. Penggunaan
unta di Timur Tengah dan benua Afrika merupakan satu kebiasaan.
Namun pada tahun 43
Masehi, unta pernah menjadi sebahagian daripada pasukan ten.tera yang dibawa
oleh Maharaja Claudius ketika menye.rang Britain. Pasukan tersebut dikenali
dengan nama Dromedarii.
KUCING
Dalam Pertem.puran
Pelusium tahun 525 SM, Cambyses II dari Parsi mennye.rang Mesir dengan
menggunakan kucing sebagai pe.rang psikologi. Semuanya kerana masyarakat Mesir
diketahui memuja dan menyembah kucing sebagai salah satu dewi utama mereka,
iaitu Bastet.
Sebelum menggem.pur kota
Pelusium, Cambyses II terlebih dahulu memerintahkan ten.teranya supaya
melukiskan imej kucing pada perisai masing-masing. Sebilangan sejarawan pula
menyatakan yang beliau bahkan membawa segerombolan kucing dan meletakkannya di
barisan hadapan.
Dek kerana enggan
mence.derakan atau mencemari imej haiwan sembahan mereka itu, ten.tera Pelusium
yang dikepalai oleh Psammenitus pun menyerah diri. Mesir pun tewas pe.rang dan
menanggung ka.sual.ti yang tinggi.
Psammenitus sendiri
dijadikan tahanan pe.rang, cuma beliau diberikan layanan yang baik sehinggalah
saat beliau mengangkat sen.jata. Ketika itu, barulah hayatnya ditamatkan. Turut
tamat adalah hegemoni Mesir yang kemudianya tunduk di bawah Parsi sebelum kemudiannya
beralih tangan ke Rom.
PENUTUP
Baik pada zaman silam
mahupun era kebelakangan, manusia tidak henti melibatkan haiwan dalam
mengharungi rencah-rencah kehidupan, termasuklah kon.flik dunia – seperti lebah
pengesan jerangkap samar di Croatia, anjing penjejak bahan letu.pan di
Afghanistan, dan ikan dolfin dalam pasukan Ten.tera Laut Amerika Syarikat.
Sama seperti
tokoh-tokoh yang mempunyai tugu dan mural tersendiri sebagai penghargaan atas
jasa mereka, beberapa buah negara tidak lupa untuk mendirikan memorial khusus
buat haiwan-haiwan yang menyumbangkan bakti terhadap negara masing-masing.
Antaranya memorial di London yang mengabadikan kata-kata; “Khusus buat
haiwan-haiwan perang yang berjasa dan mengor.bankan nyawa bersama ten.tera
British dan ten.tera bersekutu.”
TERJEMAHAN
Lizlea Floor. (21 November 2015). Dogs of W_r: Ancient History of Animals in W_rfare. Ancient Origins.
- Get link
- X
- Other Apps