- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Kira-kira 1,100 dahulu,
negara matahari terbit digegakgempitakan oleh letusan Gunung Berapi Fuji
(paling terkini berlaku pada 1707 M). Laharnya tersebar jauh berbatu-batu.
Sebahagiannya mengubah rupa bumi menjadi hutan belantara yang berkeluasan 13
batu persegi, dikenali sebagai Hutan Aokigahara. Hutan ini terletak di sebelah
barat Gunung Fuji.
Sejak sekian lama,
masyarakat tempatan melihat Hutan Aokigahara sebagai sebuah tempat yang
keramat. Menurut legenda, ia kononnya menjadi persemayaman naga dan dewa-dewi
air. Sememangnya, rupa kejadian Hutan Aokigahara cukup indah – ia kaya dengan
pepohonan yang besar lagi tinggi. Akar-akarnya berselirat nan memikat. Batu-batuannya
diselimuti lumut sambil gua-guanya pula mengujakan.
Tarikan Hutan
Aokigahara menggamit kunjungan ramai, baik daripada kawasan setempat mahupun
dari kejauhan. Namun, bukan semua yang datang ke sana berkongsi tujuan yang
sama. Rata-rata mereka yang menjejakkan kaki ke Hutan Aokigahara cuma punyai
dua maksud; sama ada mahu menamatkan riwayat hidup sendiri ataupun melihat
bekas-bekas tinggalan mereka yang melakukan hal sedemikian.
Keadaan ini membuatkan
Hutan Aokigahara lebih dikenali sebagai salah satu lokasi pilihan untuk
membu.nuh diri. Purata bilangan mereka yang membu.nuh diri di sini mencecah lebih
100 orang setahun, angka yang hanya dapat ditandingi oleh Jambatan Gerbang Emas
di San Francisco.
Jumlah kes bu.nuh diri
yang tinggi di Aokigahara mencerminkan keruncingan yang dialami negara Jepun.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar bu.nuh diri di Jepun adalah 25.8 per
100,000 orang, sekali gus menjadikannya negara yang mempunyai kes bu.nuh diri
paling tinggi di antara kesemua negara maju lain.
Berbalik kepada Hutan
Aokigahara, ia telah lama dikaitkan dengan legenda-legenda rakyat yang sedikit
gelap. Sebahagiannya menyatakan yang hutan ini menjadi tempat pembu.angan
orang-orang tua. Amalan sebegini disebut sebagai ubasute, di mana warga
ditinggalkan di tempat-tempat terpencil sehingga ma.ti seorang diri – sama ada
kebu.lur, dehidrasi, atau dimakan binatang bu.as.
Antara legenda yang menyelubungi Hutan Aokigahara adalah ia menjadi tempat pembu.angan orang-orang tua |
Legenda-legenda gelap
sebegini kemudian meresap ke dalam budaya popular sebagaimana Barat dengan
dongengan Grimm Bersaudara. Pada tahun 1960 misalnya, sebuah novel berjudul Kuroi
Jukai (Samudera Hutan Hitam) nukilan Seicho Matsumoto mengisahkan tentang
pasangan kekasih yang membu.nuh diri di Aokigahara.
Sedekad kemudian, hutan
tersebut semakin kerap muncul dalam pelbagai medium – novel, filem, dan drama
televisyen. Kesemuanya mencirikan Aokigahara sebagai latar tempat berlakunya
kejadian bu.nuh diri.
Keadaan ini mengundang
kesan yang menggusarkan; secara tidak langsung Aokigahara dipopularkan sebagai
lokasi bu.nuh diri yang romantis. Hari ini, kehadiran media sosial bagaikan
mencurah gasolin ke dalam api dan ibarat menabur garam pada luka.
Dua tahun lepas
misalnya, seorang Youtuber bernama Logan Paul mengunjungi Hutan
Aokigahara sambil merakam dan memuat naik video yang memaparkan jasad mangsa
bu.nuh diri yang baru sahaja terkujur kaku beberapa jam lalu. Wajah mang.sa
memang dikaburkan. Namun, jasadnya terpampang jelas sekali gus menayangkan pada
dunia sisi pilu Hutan Aokigahara.
Sebelum video tersebut
diturunkan kerana menerima ke.caman hebat (Paul dikri.tik kerana menunggang
kejadian bu.nuh diri ini demi meraih populariti), ia sempat menarik 6 juta
tontonan. Dalam erti kata lain, Paul
secara tidak langsung ‘mempromosikan’ Hutan Aokigahara.
Ramai pelancong mula
berkunjung ke sana dan meminta penduduk tempatan menunjukkan lokasi ma.yat-ma.yat
mang.sa bu.nuh diri. Tentunya hal ini kurang disenangi masyarakat setempat kerana
bagi mereka, ia sesuatu yang sensitif.
Paul Logan ketika mengunjungi Hutan Aokigahara |
Bagi mengurangkan angka
bu.nuh diri di Aokigahara, banyak papan tanda digantungkan di laluan masuk.
Antaranya memaparkan tulisan, “Ingatlah, nyawa anda adalah karunia indah yang
dihadiahkan daripada ibu bapa anda” dan “Mintalah bantuan polis sebelum anda
putuskan untuk bu.nuh diri”.
Ramai juga sukarelawan
pemban.teras kejadian bu.nuh diri yang membuat rondaan di Hutan Aokigahara tanpa
mengenal siang malam. Semuanya demi menyelamatkan walau satu nyawa sebelum
terlambat.
Pengusaha kedai dan
penduduk setempat juga prihatin untuk tidak membiarkan mana-mana individu masuk
ke dalam hutan berkenaan dengan membawa niat membu.nuh diri. Kyochi Watanabe
misalnya, tidak canggung memujuk mereka sepanjang lapan tahun berada di sana,
yang adakalanya cukup dengan mainan muzik dari teratak kecilnya yang terletak
di hujung hutan.
Usaha sebegini mungkin
kecil jika dilihat daripada sudut individu. Namun, siapa tahu keprihatinan dan
kesedaran sebegini mampu mengalihkan tanggapan terhadap Hutan Aokigahara
daripada lokasi bu.nuh diri nombor wahid kepada destinasi rekreasi yang
menenangkan. “Nothing is too small to know, and nothing is too big to
attempt.”
Jaket mangsa bunuh diri yang dibiarkan tergantung di dahan sebatang pokok di Hutan Aokigahara |
TERJEMAHAN
Joanna Gillan. (16 September 2020). The Aokigahara Forest of Japan: Many
Enter, But Few Walk Out Alive. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/aokigahara-forest-japan-many-enter-few-walk-out-alive-008886
- Get link
- Other Apps