- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Jarum Cleopatra
merupakan nama yang diberikan kepada tiga buah menara obelisk Mesir Purba yang
masing-masing pada hari ini berdiri di New York City, London, dan Paris. Menara-menara
ini bagaimanapun tidaklah dibina pada tempat yang sama.
Ia juga pada
asalnya bukanlah dibina khusus untuk Ratu Cleopatra, sekadar meminjam namanya
yang elegan di samping kecantikan dan hubungan ratu Mesir itu dengan tamadun
Rom. Walaupun jarang diceritakan, setiap menara ini menyimpan kisah tersendiri
yang tidak kurang menarik.
Kedua-dua menara
obelisk di New York dan London diperbuat daripada batu granit merah yang
dilombong dari kuari-kuari Aswan, dengan ukuran tingginya mencecah sehingga 21
meter. Ia dibina pada tahun 1,450 SM di kota Heliopolis sebagai dedikasi buat
Firaun Thutmose III (1481-1425 SM).
Sementara itu,
obelisk di Paris yang turut dikenali sebagai Obelisk Luxor pula diperbuat
daripada batu granit kuning. Tahun pembinaannya dianggakan sekitar 3,000 tahun
lalu, dengan lokasi asalnya terletak di Kuil Luxor, Mesir yang masih
menempatkan menara kembarnya. Obelisk Paris berdiri setinggi 23 meter.
Ketiga-tiga obelisk ini berkongsi satu persamaan di mana ia mengandungi hieroglif-hieroglif
yang memuliakan Ramses II (firaun yang sebahagian sejarahwan namakan sebagai firaun
zaman Nabi Musa).
Obelisk yang masih berdiri di Kuil Luxor, Mesir
JARUM CLEOPATRA
DI NEW YORK
Menara obelisk
ini didirikan di Central Park pada tanggal 22 Februari 1881. Ia dihadiahkan oleh
Kerajaan Mesir kepada Konsulat Jeneral Amerika Syarikat yang berpangkalan di
Kaherah sebagai menghargai sikap neutral yang diambil oleh negara Uncle Sam itu
di waktu Great Britain dan Perancis masing-masing menya.sarkan se.ra.ngan ke atas
Mesir. Menara ini juga menjadi token penghargaan kerana membantu membina
Terusan Suez.
Pada zaman
silam, menara ini pernah dipindahkan – dari Heliopolis ke Alexandria sekitar
tahun 12 Sebelum Masehi. Di sana, ia didirikan di sebuah kuil yang dibina oleh
Cleopatra khusus untuk Marc Antony. Beberapa waktu kemudian, menara ini diselubungi
pepasir – hikmahnya, inskripsi hieroglif yang diukir padanya dapat terpelihara
untuk diselidik oleh pakar-pakar moden.
Obelisk Central Park sewaktu masih di Alenxadria sebelum dipindahkan ke New York
Tiga milenium
lamanya, tinggalan firaun-firaun Mesir ini terpelihara rapi. Namun malangnya,
menara ini kurang diselanggara sepanjang keberadaannya di Amerika Syarikat.
Kulat demi kulat mula kelihatan, di samping tulisan-tulisan hieroglifnya pula
semakin pudar – dipercayai akibat hujan, salji, dan udara di New York yang agak
terce.mar.
Keadaan ini
membuatkan Zahi Hawass, bekas menteri Jabatan Tertinggi Barangan Antik Mesir
mengeluarkan kenyataan ke.ras pada tahun 2011 untuk mengambil semula menara
berkenaan jika ia tidak dipelihara. Tulis beliau, “Kalau Lembaga Pemeliharaan
Central Park dan Bandar New York tidak mampu memelihara menara ini dengan baik,
saya akan mengambil langkah-langkah perlu bagi membawanya pulang ke tempat
asalnya.”
Susulannya, majlis
perbandaran New York memperuntukkan sebanyak $500,000 (RM 2,066,750) untuk
membaik pulih menara obelisk berkenaan.
MENARA OBELISK
DI LONDON
Jarum Cleopatra
di London ditempatkan berhampiran Jambatan Jubli Emas dii Victoria Embankment,
Sungai Thames. Monumen ini diberikan oleh Muhammad Ali, pemerintah Mesir dan
Sudan kepada United Kingdom pada tahun 1819 bagi memperingati kemenangan
British dalam Pertem.puran Sungai Nil (1798) dan Pertem.puran Alexandria (1801).
Kerajaan British
bagaimanapun enggan membiayai belanja pengangkutan yang amat mahal. Maka,
menara yang dihadiahkan ini ditinggalkan sahaja di Mesir. Pada tahun 1877,
barulah Sir William James Erasmus Wilson menaja pengangkutan Jarum Cleopatra ke
England yang menelan belanja sebanyak £10,000 (RM 57,483).
Kapal pengangkut menara obelisk
Sesampai di England, menara
ini didirikan di Thames pada tahun 1878 bersama dua tugu sphinx mengapit
mengawalinya. Kira-kira 3,500 tahun lamanya obelisk ini menggagahi pelbagai anca.man,
ia hampir mus.nah sewaktu Pe.rang Dunia Pertama. Sebutir b.o.m Jerman mendarat
berhampiran monumen ini pada 4 September 1917. Mujur, hanya kekaki obelisk dan
dua tugu sphinx di kiri-kanannya sahaja yang mus.nah. Kero.sakan ini sengaja
dibiarkan dan sebuah plak peringatan diletakkan bagi memperingati kejadian
berkenaan.
Namun, ia mengundang keca.man
Zahi Hawass pada tahun 2018. Membalas kri.tikan tersebut, Lembaga Kabinet Alam
Sekitar dan Pengurusan Bandar Westminster menyatakan yang kebajikan menara
berkenaan sama sekali tidak diabaikan. Kerja-kerja pembersihan dan
penyelenggaraan masih tetap dilakukan, walaupun kesan-kesan pengeb.o.man dibiarkan
sebagai kenang-kenangan.
OBELISK DI PARIS
Menara Obelisk di Paris turut
dikenali dengan nama Obelisk Luxor. Ia berdiri di tengah-tengah Place de la
Concorde, Paris. Obelisk ini juga dihadiahkan oleh Muhammad Ali kepada
Perancis. Cuma bezanya, Perancis tidak banyak songeh dalam mengendalikan urusan
pengangkutan monumen berkenaan. Pada tanggal 25 Oktober 1836, Obelisk Luxor
didirikan semula oleh Raja Louis-Phillipe di Place de la Concorde.
Kekaki menara ini pada
asalnya dibina untuk menampung tugu Raja Louis XVI. Namun, tugu berkenaan
mus.nah sewaktu Revolusi 1830 (disebut sebagai Re.vo.lusi Julai). Binaan asal
Obelisk Luxor dilengkapi dengan kekaki yang bercirikan 16 patung babun yang
sedang mengawan. Memandangkan ia kurang sesuai untuk khalayak Perancis, maka ia
dibu.ang daripada Obelisk dan sekadar dipamerkan di Muzium Louvre.
Ilustrasi menara obelisk didirikan semula di Paris
Di samping kekaki asal,
Obelisk Luxor turut kehilangan mercu emasnya (pyramidion) yang dicu.ri
pada kurun ke-6 SM. Oleh kerana itu, kerajaan Perancis pada tahun 1998 menggantikannya
dengan mercu daun emas.
Walaupun tidak lagi berdiri
di lokasi asalnya, ketiga-tiga obelisk ini megah mencakar langit di dua benua
barat sebagai mercu kebudayaan tamadun Mesir Purba yang dipusakakan sejak
ribuan tahun dahulu.
TERJEMAHAN
Kerry Sullivan. (6 Mei 2020). Cleopatra’s Needle: The Story Behind Three
Awe-Inspiring Obelisks. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/artifacts-other-artifacts/cleopatra-s-needle-story-behind-obelisks-007051
- Get link
- Other Apps