- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Onmyōdō mempunyai
sejarah panjang yang berwarna-warni. Asal-usulnya boleh dijejak kembali pada kurun
ke-5 atau ke-6 Masehi, di mana Buddhisme
dan Konfusianisme mula diperkenalkan ke Jepun.
Pengaruh daripada
negara tembok besar itu turut merangkumi prinsip Yin-Yang dan lima elemen
(keseimbangan antara elemen Belantara, Api, Tanah, Logam, dan Air) , di mana
kesemuanya ini kemudian bercampur dengan kepercayaan tempatan lalu membentuk
aliran Onmyōdō.
Menjelang kurun ke-10
Masehi, aliran tersebut meraih perhatian meluas. Namun sembilan abad kemudian,
ia diha.ramkan bersama satu lagi aliran serupa, iaitu Shugendō. Disebabkan
pengharaman ini, ramai pengamal Onmyōdō (disebut Onmyōji) bersembunyi dan
beberapa cabang aliran lain pula dibubarkan secara total.
Oleh kerana itu,
sekelumit maklumat perihal aliran ini hanya dapat diperoleh daripada
sumber-sumber lama dari zaman Heian, termasuklah sumber lisan. Zaman Heian
dianggap sebagai zaman perdana bagi aliran Onmyōdō, khususnya dalam kalangan
bangsawan dan kerabat istana.
Aliran Onmyōdō bermula sejak kemasukan prinsip Yin-Yang dan lima elemen dari China ke Jepun |
Ia menjadi mata
pencarian buat ramai orang, dengan Onmyōji paling tersohor dalam kalangan
mereka ialah Abe no Seime. Banyak legenda yang menyelubungi kisah kelahirannya
sekali gus membuatkan beliau dilihat sebagai tokoh mitos berbanding tokoh
sejarah.
Kononnya, ibu Abe no
Seime merupakan seekor kitsune bernama Kuzu no Ha. Kitsune ini
jatuh cinta dengan seorang sami yang menyelamatkannya. Sami ini disifatkan
mahir dalam Taoisme dan Buddhisme.
Keturunan Abe no Seime
dikenali sebagai keluarga Tsuchimikado. Semenjak beliau meninggal dunia di usia
85 tahun pada tahun 1005 Masehi, keluarga Tsuchimikado menjawat kedudukan
penting sebagai tukang ramal istana.
Menurut catatan, Abe berupaya
meramal jantina bayi sebelum dilahirkan. Ramai golongan berada di Zaman Heian akan
mendapatkannya bagi mengetahui jantina anak masing-masing. Kesohorannya di
istana juga tidak dapat disangkal.
Wanita-wanita istana
gemar bermain sembunyi-sembunyi barang lalu menyuruh Abe untuk mencarinya
menggunakan kemahiran beliau sebagai seorang Onmyōji. Ketepatannya dalam
mengenal pasti lokasi barangan tersembunyi banyak membantu beliau menyelesaikan
kes-kes kehilangan.
Abe juga cekap membaca
bintang dan memanfaatkannya untuk meramalkan untung nasib sesebuah pepe.rangan.
Kepakarannya dalam bidang geomansi (serta susun-atur rumah mengikut prinsip
Feng-shui) membuatkan beliau diberi tugas menentukan lokasi penggalian perigi
atau pembinaan tembok.
Bagaimanapun sebagai
seorang Onmyōji, peranan utamanya adalah memagar sesebuah kawasan menggunakan
kertas jampi Ofuda. Abe juga memasyhurkan penggunaan Seimei Kikyō, iaitu
simbol bintang berbucu lima yang turut dikenali di Barat sebagai pentagram.
Abe no Seime mungkin
merupakan Onmyōji yang paling masyhur. Namun, sejarah juga mengenang nama Yakou
Tsuchimikado sebagai pengasas aliran Onmyōdō yang dikenali hari ini. Beliau
mengasaskan sistem Onmyōdō Istana yang membolehkan badan istana mengatur dan
melantik Onmyōji profesional sekali gus menyusutkan bilangan Onmyōji olok-olok.
Apapun, langkah ini
jugalah yang membawa kepada pembubaran aliran Onmyōdō apabila Undang-Undang
Shinbutsu-Buri 1868 memerintahkan supaya Buddhisme dipisahkan daripada Shinto.
Ketika itu, elemen-elemen Buddhisme, Shinto, Taoisme, dan Konfusianisme sudah
pun sebati di dalam aliran Onmyōdō.
Keadaan ini membuatkan
Onmyōdō dan beberapa aliran lain diha.puskan. Badan Onmyōdō Istana juga
dibubarkan. Keluarga Tsuchimikado diu.sir daripada istana dan harta-benda mereka
habis diram.pas.
Pun begitu,
elemen-elemen Onmyōdō masih mengakar dalam Shinto moden dan beberapa amalan
kebudayaan setempat. Hari ini, ia tampil di dalam beberapa media seperti filem,
manga, anime, dan permainan video.
Onmyōdō secara
intisarinya merupakan sebuah seni ramalan. Seorang Onmyōji perlu cekap membaca
bintang dan mahir dalam kosmologi. Kebanyakan kertas jampi Ofuda yang
dapat kita lihat mengandungi carta bintang ataupun buruj. Ia bertujuan menyeru
kuasa kami atau semangat yang dikaitkan dengan bintang-bintang tertentu.
Onmyōji juga dikatakan
mampu berinteraksi dengan yokai dan roh manusia yang telah ma.ti. Oleh
kerana itu, mereka dipertanggunjawabkan dengan kerja-kerja membaca pergerakan
jasad samawi bagi menentukan hari-hari yang sesuai untuk menjalankan sesebuah
upacara.
Mereka juga perlu
meramal kelahiran atau kema.tian, mengu.sir roh-roh jahat, dan membantu membuat
keputusan ketenteraan atau susun-atur bangunan. Bagaimanapun, aktiviti paling
utama mereka adalah pengu.siran roh (exor.cist).
Laluan untuk menjadi seorang Onmyōji yang mahir bukanlah mudah. Bertahun-tahun lamanya perlu dihabiskan untuk menguasai penggunaan mantera pelindung dan Mudra tangan. Mudra yang paling sinonim bagi mereka ialah Kuji-in/Kuji-kiri (Sembilan Meterai Tangan) yang setiap satunya mewakili:
- Rin
(臨)
– Merangsang kekuatan raga dan minda
- Kyō
(兵)
– Mengalir dan memusatkan tenaga dalaman (chakra) ke satu titik
- Tō
(闘) – Menenangkan diri
untuk berharmoni dengan alam sekeliling
- Sha
(者)
– Meditasi bagi merawat kelelahan dan kesa.kitan yang dialami
- Kai
(皆)
– Memupuk gerak hati untuk menghidu anca.man
- Jin
(陣)
– Menilik fikiran dan isi hati
- Retsu
(列) - Mengawal ruang dan masa
- Zai
(在)
– Mengawal elemen alam
- Zen
(前)
– Memupuk kepantasan
Kuji-kiri, sembilan meterai tangan yang digunakan oleh Onmyōji |
Selain mudra tangan,
Onmyōji juga dikatakan menggunakan dua ilmu lain iaitu Taizen Fukan no Sai dan
Shikigami. Taizen Fukan no Sai merupakan satu ritual yang
kononnya bertujuan memperpanjang hayat dan membangkitkan seseorang daripada
kema.tian; diasaskan oleh Abe no Seime sendiri.
Nama ritual ini diambil
daripada Taizan, dewa gunung Taishan di Shandong, China yang dianggap sebagai
salah satu raja nera.ka (prince of he.ll). Ritual ini tidak menggunakan
sebarang mantera. Sekadar pertukaran janji antara Onmyōji yang menawarkan
kor.ban kepada Raja-Raja Nera.ka (antaranya Taizan, Enma dan lain-lain) bagi
mendapatkan imbalan tertentu.
Bagi penggemar fiksyen,
ritual inilah yang dilakukan oleh bapa Hyakkimaru dalam anime Dororo di
mana satu persatu anggota tubuh Hyakkimaru ditawarkan kepada raja-raja neraka
bagi menjamin kekuasaannya.
Babak dalam anime Dororo di mana bapa Hyakkimaru melakukan ritual Taizen Fukan no Sai |
Shikigami
pula adalah roh yang diseru oleh seseorang Onmyōji untuk berkhidmat sebagai
pendamping atau pembantunya. Ia berperanan melindungi tuannya, di samping
melaksanakan kerja-kerja lain seperti menghantar pesanan, menakutkan penja.hat,
dan memberi tenaga tambahan sewaktu mengerjakan ritual tertentu.
Abe no Seime bersama Shikigami dampingannya |
Shikigami
selalunya menjelma sebagai haiwan, khususnya burung. Penggunaan Shikigami
dalam aliran Onmyōdō disifatkan amat berbahaya, kerana ramai Onmyōji yang
hilang kendali ke atas Shikigami masing-masing sekali gus mengor.bankan
nyawa sendiri.
Dicatatkan, Abe no Seime
mempunyai dua belas Shikigami. Bilangan ini mendorong sejarahwan untuk
mengandaikan wujud perkaitan antara Shikigami dan 12 Semangat Syurgawi
dalam aliran Buddhisme.
Walaupun aliran Onmyōdō
diharamkan sejak dua kurun yang lalu, pintu pembelajarannya dibuka kembali pada
tahun 2006 – kecuali mantera-mantera terla.rang.
Semenjak itu, sejarahnya mula dihidupkan kembali. Kuil Seime yang dibina
pada tahun 1007, dua tahun selepas kematian Abe no Seime turut dihidupkan sehingga
menjadi antara destinasi pelancongan tersohor di Jepun pada hari ini.
Kuil Seime di Kyoto, Jepun |
TERJEMAHAN
Nisa Ryan. (11 Jun 2019). The Oriental Magical Practice of Onmyōdō and its
Checkered History. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/onmyodo-0012127
- Get link
- Other Apps