- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Bertempat di Zabol,
Sistan-Baluchestan, Shahr-i-Sokhta (Bandar Terba.kar) merupakan salah sebuah
lokasi arkeologi dari Zaman Gangsa yang paling besar di Iran dan juga Timur
Tengah.
Sebilangan sejarawan
berpandangan yang ia berdiri sebagai ibu kota bagi sebuah tamadun agung yang
tumbuh mekar di tebing Sungai Helmand sekitar tahun 3,200 Sebelum Masehi.
Dapatan-dapatan arkeologi pada tarikh kebelakangan bagaimanapun menuding kepada
tarikh yang sedikit berbeza – yakni tiga hingga empat kurun lebih tua.
Dijuluki sebagai
‘Pompeii Dunia Timur’, luas keseluruhan Shahr-i-Sokhta berukuran 200 hektar.
Berdasarkan karya-karya sastera lama, lingkungan arkeologi mengaitkan kota ini
dengan kota legenda Aratta, iaitu kota yang muncul dalam beberapa epik puisi tamadun
Sumeria seperti Enmerkar dan Raja Aratta, Enmerkar dan Ensuhkeshdanna, Lugalbanda dan burung Anzu, dan juga Epik Gilgamesh yang diketahui ramai.
Kota legenda ini
disifatkan terletak di kejauhan dan sukar untuk dikunjungi. Ia kaya dengan
emas, perak, lapis lazuli, dan berbagai-bagai lagi barangan mewah lain.
Dicatatkan, kota Aratta bermegah dengan sebuah kuil Inanna yang bertatahkan
lapis lazuli sepenuhnya.
Tapak perku.buran yang menyimpan ribuan artifak berharga dari tamadun purba yang menghuni Shahr-i-Sokhta
Penemuan arkeologi
mendapati yang Shahr-i-Sokhta merupakan pusat perdagangan utama di zamannya. Ia
dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Mesopotamia, Lembah Indus, dan juga Asia
Tengah. Bagi sejarawan, run.tuhan kota purba ini signifikan kerana ia menjadi
bukti kewujudan sebuah tamadun berperadaban yang awal di timur Iran.
Cuma malangnya, kota
ini pernah run.tuh sebanyak tiga kali akibat keba.karan. Kejadian terakhir
dipercayai berlaku sekitar tahun 1,800 SM dan semenjak itu, ia tidak pernah
lagi dibaiki. Sejarawan juga masih berteka-teki dalam soal punca kemunculan dan
kejatuhan Shahr-i-Sokhta.
Setakat penyelidikan
yang dijalankan sepanjang 40 tahun kebelakangan, lingkungan arkeologi berhasil
menemukan lebih 1,200 buah ku.bur. Salah satunya mengandungi rangka wanita yang
dianggarkan meni.nggal dunia di usia 20-an pada tahun 2,900-2,800 SM.
Ma.yat ini dise.madikan
bersama sebuah cermin gangsa yang diukir rapi, juga mata-buatan yang diperbuat
daripada campuran bitumen dan emas. Pemeriksaan lanjut mendapati yang
mata-buatan ini meninggalkan kesan pada soket mata wanita berkenaan sekali gus
mengisyaratkan yang ia dipakai untuk tempoh yang agak panjang sebelum kema.tiannya.
Rangka wanita yang dijumpai di Shahr-i-Sokhta, bersama mata-buatan
Tahun 2014
memperlihatkan banyak ku.bur aneh ditemui. Antaranya termasuklah ku.bur berbentuk
bulat milik ma.yat lelaki pertengahan usia yang dise.madikan bersama rangka dua
ekor anjing serta 12 tengkorak manusia.
Menurut Seyyed Mansur
Sajjadi yang mengepalai kerja-kerja penggalian, ku.bur tersebut dipercayai milik
mereka yang berpindah dari Asia Tengah ke Dataran Irani, memandangkan bentuk
dan kaedah penye.madiannya berbeza dengan masyarakat tempatan.
Ada pula ku.bur yang
menyimpan rangka seorang pemuda yang kepalanya terpisah dari jasad dan ditanam
bersama dua bilah pe.dang pendek. Begitu juga dengan sebuah ku.bur yang
mengandungi enam tengkorak bersama sejumlah tulang-belulang manusia yang
panjang belaka.
Kerja ekskavasi yang
berlangsung selama 23 musim ini tidak hanya menemukan ku.bur dan rangka manusia,
tetapi juga ribuan artifak berharga. Ketiadaan tembok pertahanan dan
keseragaman dalam bentuk makam mendorong ilmuwan untuk menyimpulkan yang
penduduk Shahr-i-Sokhta tidak mengamalkan sistem hierarki sosial.
Pelan rumah di runtuhan kota Shahr-i-Sokhta
Rumah-rumah yang
dijumpai pula berbentuk segi empat tepat dengan ketinggiannya kira-kira dua
meter. Penghuni Shahr-i-Sokhta dilihat amat menekankan nilai estetika, dengan
pintu dan dinding rumah mereka rata-ratanya diukir dengan motif geometri.
Rekaan sama turut dijumpai pada barangan tembikar dan batu mohor.
Kesemua penemuan ini
meraihkan Shahr-i-Sokhta pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia, sekali gus
memungkinkan kajian lanjut dilakukan dengan lebih berkesan.
TERJEMAHAN
Joanna Gillan. (8 April 2021). Shahr-I-Sokhta, Mysteries of the Burnt City
of Iran. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/strange-ritualistic-burials-001891
- Get link
- X
- Other Apps